Latest News

Saturday 17 October 2015

Tiada Tanah Adat Dirampas

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) :apakah sebenarnya yang terjadi disini... Oleh Fb Page Pembongkaran penipuan BN UMNO (screenshot)

SEMUA tanah adat di Sabah telah sepenuhnya diberikan geran pemilikan sejak tahun 80-an lagi. Selepas itu, tanah kosong di Sabah pula adalah milik kerajaan negeri mengikut undang-undang sah. 

Untuk pengetahuan pemilik facebook tersebut, sebanyak 1.4 juta hektar tanah adat telah diberikan geran. Namun, malangnya kini tanah itu telah bertukar tangan. Memandangkan situasi tersebut masih terus berleluasa, maka kerajaan telah memperkenalkan 'geran komunal' bagi mengelakkan tanah adat dijual lagi dan bertukar tangan. Kesedaran juga penting yang perlu ada pada setiap pemilik tanah adat khususnya penduduk pedalaman agar tidak terpedaya dengan tawaran pembeli.

Sebenarnya, tanah yang didakwa sebagai tanah adat pada masa ini adalah bukan tanah adat melainkan tanah kerajaan yang dicerobohi oleh penduduk setempat.

Kenyataan Kong Hong Ming tersebut hanya kenyataan daripada pemimpin pembangkang untuk memburukkan kerajaan. Sememangnya kenyataan itu tidak berfakta dan hanya bersifat dakwaan semata-mata.  

Isu tanah sangat hebat dimainkan oleh liga-liga pembangkang terutamanya di dunia siber berikutan isu ini sangat sensitif kepada penduduk pedalaman. AFS ingin mencabar mana-mana page pembangkang sekiranya mampu memberi bukti yang kukuh terhadap kononnya ada tanah adat telah dirampas oleh kerajaan jika sekiranya benar-benar berlaku. Sila tampil diri!

Perlu diketahui bahawa mereka-mereka yang gemar menceroboh tanah kerajaan (pencerobohan faktor wang) adalah penduduk tempatan sendiri dan tidak melibatkan orang asing apatah lagi warga PATI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook