Latest News

Friday 30 October 2015

Tiada Yang Suruh Tun Dr. Mahathir Bersara

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Seorang lagi pemimpin yang tidak... Oleh Blogger Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot)

PEMILIK blog tersebut gagal mengulas bahawa tiada yang menyuruh atau mendesak Tun Dr. Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno pada tahun 2003. Perdana Menteri ke-4 itulah yang menyatakan hasratnya bersara dengan memberi alasan untuk bersama keluarga. Tun Dr. Mahathir sebenarnya telah lama menyatakan untuk bersara. Seharusnya, selepas Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998 beliau telah bersara. Namun, kejadian pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno membuatkan persaraan beliau tertangguh sehingga Persidangan OIC di Kuala Lumpur pada tahun 2003.

Ramai yang berfikir sewaktu itu selepas persaraan Tun Dr. Mahathir akan bersara sebagai negarawan unggul dan tidak akan mencampuri urusan kerajaan mahupun politik negara.

Seperti mana diakui oleh mantan Perdana Menteri itu selepas bersara, beliau tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga beliau bangkit daripada persaraan termasuk bertanding sebagai wakil 7 (G-7) di bahagian beliau di Kubang Pasu, Kedah.

Penulis blog tersebut tidak dapat membezakan antara ahli politik biasa dan ahli politik yang bersara daripada kedudukan tertinggi dalam negara. Apa yang diperkatakan oleh MP Kota Belud yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah benar di mana sebagai mantan pemimpin yang bersara daripada kedudukan tertinggi perlu bersara secara bermaruah. Ertinya, perlu mengikuti tujuan persaraan.

Berbalik kepada persaraan Tun Dr. Mahathir, tiada sesiapapun yang menyuruh beliau bersara!

Berkaitan dengan kemenangan seseorang calon BN atau UMNO dalam pilihan raya, ianya kerana faktor seseorang individu. Akan tetapi, keyakinan rakyat kepada sesebuah parti yang boleh membentuk kerajaan adalah juga menjadi tarikan utama undian dipilih. Yakinlah, rakyat mengundi yang berasaskan kepada parti yang boleh membentuk kerajaan. Oleh sebab itu, walaupun banyak parti menyertai pilihan raya, tidak dinafikan terdapat ramai calon-calon parti-parti tertentu yang kehilangan wang pendahuluan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook