Latest News

Friday 30 October 2015

Ulasan Datuk Seri Musa Aman Semasa Sidang DUN Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bah kamu saksikan sendiri KM Sabah... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

JIKA sesiapa yang hadir pada persidangan itu tentu akan mengetahui latar belakang mengapa Ketua Menteri tersebut berkata sedemikian. Sifat pertanyaan dan ucapan ADUN Bingkor, Dr. Jeffrey Kitingan yang senantiasa berpura-pura bodoh dan berpura-pura tidak faham berkaitan apa-apa penjelasan daripada beberapa Menteri dan penyokong kerajaan.

Oleh kerana Dr. Jeffrey senantiasa bersifat kebudak-budakan dan tidak faham. Maka dengan itu, Musa menjemput beliau berjumpanya di pejabat agar Ketua Menteri dapat menunjukkan berbagai fakta, fail dan laporan yang beliau persoalkan.

Selepas Jimmy Wong daripada Dun Sri Tanjong yang senantiasa bersifat bodoh bagi membuatkan ramai penyokong kerajaan naik angin termasuk Datuk Seri Musa Aman sendiri di mana tidak lagi menjadi Adun, maka peranan itu telah diambil alih oleh Dr. Jeffrey. 

Sebenarnya, apa yang dipersoalkan oleh Dr. Jeffrey adalah semuanya beliau tahu dan faham. Namun, sengaja bersifat bodoh-bodoh untuk membuatkan Dun lain marah termasuk Datuk Seri Musa Aman.

Bagi pemilik facebook tersebut adalah dijemput mengikuti sidang DUN Sabah yang bakal diadakan pada 20 November 2015. Jika ada soalan daripada Dr Jeffrey, saksikan sendiri bagaimana gelagat Dun Bingkor tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook