Latest News

Thursday 15 October 2015

URA-URA KUDAT BAKAL JADI BANDAR MATI???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) sudah banyak kali diberitahu. menteri... Oleh FB Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

PERLU diketahui bahawa kemajuan sesebuah kawasan atau daerah/wilayah itu adalah bergantung kepada kuasa permintaan perniagaan. 

Tidak benar bahawa kemajuan sesebuah kawasan itu dibina kemudahan-kemudahan kompleks membeli-belah adalah disebabkan oleh wakil rakyat. Ini adalah fakta dan ideologi yang salah!

Pemilik facebook tersebut memang kurang pengetahuan mengenai hal ini dengan melihat caranya menulis dan post sedemikian. Ini sebabnya, dia mungkin saja tidak mengetahui bahawa kawasan-kawasan di mana tumbuhnya kompleks membeli-belah, pawagam dan seumpamanya hanyalah semata-mata kerana permintaan para pelanggan serta terdapatnya pelabur yang ingin melabur bagi pembinaan kemudahan prasarana sedemikian.

Pemilik facebook tersebut juga langsung tidak sedar bahawa semua kompleks membeli-belah atau mall merupakan milik swasta dan bukannya milik kerajaan. Tidak pernah terdengar di mana kerajaan yang membina kemudahan-kemudahan seumpama ini kerana kerajaan bukan berperanaan sebagai peniaga sebaliknya pentadbir.

Di Kuala Lumpur mahupun bandar Kota Kinabalu, keseluruhan kompleks membeli-belah adalah milik swasta atau peniaga. Memang benar dan diakui bahawa sewaktu pentadbiran kerajaan Berjaya pada tahun 80-an, kerajaan negeri pernah sekali membina pawagam. Namun malangnya, pawagam itu akhirnya ditutup berikutan tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup sebagai peniaga. Atas alasan lain juga, ianya bukanlah fungsi kerajaan untuk berniaga.

Menyalahkan wakil rakyat kononnya tidak membawa kepada pembinaan bangunan-bangunan kompleks membeli-belah di daerah Kudat sebenarnya tersalah sasar!

Berkaitan dengan kebersihan pekan pula, tugas dan peranan itu bukan sahaja dipikul sebagai tugas tunggal oleh Majlis Daerah Kudat sahaja. Bahkan juga kepada orang ramai dan penduduk sekitar. Sifat penduduk yang gemar membuang sampah merata tempat adalah menjadi punca utama kegagalan masih terus berlaku. 

Kesedaran dan tanggungjawab adalah perlu disemat di kesemua lapisan masyarakat agar kebersihan dapat dipelihara.

Semasa Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi ketua menteri, beliau berusaha memajukan Kudat termasuklah menaik taraf Tanjung Simpang Mengayau. Tujuannya, agar pekan Kudat mendapat limpahan pelancong yang ingin datang mengunjung ke sana.  Namun, baru-baru ini dengan kerana kurangnya pelancong melawat tanjung itu, maka Kudat seolah-olah digambarkan sebagai 'Bandar Mati'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook