Latest News

Thursday 8 October 2015

YA BENAR! Yang Buat Kad Palsu Itu Orang Sabah Sendiri!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  kebanjiran pendatang asing tanpa izin Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

MEREKA yang tertangkap kerana menjadi sindiket pemalsuan kad pengenalan di mana rakyat Sabah sendiri terdiri daripada orang tempatan yang dibantu oleh para pegawai pendaftaran adalah yang tidak amanah kerana faktor kewangan.

Pengeluaran kad pengenalan palsu merupakan satu bisnes bagi mereka-mereka yang terlibat. Malah, tindakan mereka itu menyebabkan mereka menjadi kaya-raya atau berubah menjadi jutawan segera.

Pengeluaran kad pengenalan palsu tiada kaitan dengan parti politik atau pemimpin politik. Ini kerana pengeluaran kad pengenalan palsu adalah satu sindiket kewangan yang melibatkan PATI yang mahu tinggal di Sabah untuk tujuan bekerja, bukannya bertujuan politik.

PATI sanggup membeli sehingga RM15,000 sekeping kad pengenalan yang memang asli walaupun tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara. 

Hanya melalui alat khas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja, kad pengenalan seumpama itu dapat dikenal pasti 'keasliannya'. Kad pengenalan seumpama itu boleh digunakan bagi membuka akaun bank berikutan masih belum ada jaringan bersepadu di antara sistem bank dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Berasaskan ada masih beberapa kelebihan pada kad pengenalan tersebut, maka atas sebab itulah pihak-pihak yang mahu tinggal di sabah kerana faktor urusan kerja atau berniaga sanggup membayar walaupun melibatkan puluhan ribu ringgit.

Kepada pihak-pihak yang mendakwa bahawa pengeluaran kad pengenalan seumpama itu melibatkan parti politik khususnya Umno adalah kenyataan karut dan tiada asas!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook