Latest News

Wednesday 7 October 2015

Yang Merancang Itu Pegawai Kerajaan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Napa kau mau ambil kerusi orang Kota Marudu Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot) 
(ii) Sudah 21 tahun jadi Wakil Rakyat belum perna membantu rakyat John Cherles Mitah MIkat (screenshot) 

YANG merancang pembangunan sesebuah daerah atau kawasan adalah pegawai kerajaan. Bagi daerah Kota Marudu, maka perancangan itu terletak di bahu pegawai daerah.

Wakil rakyat atau Menteri hanya menentukan polisi sesebuah kerajaan jika ada cadangan untuk pembangunan.

Perlu diketahui semua perancangan kerajaan baik pusat mahupun negeri datangnya daripada para pegawai kerajaan. Para pegawai kerajaan adalah yang bertanggungjawab menyediakan kertas kerja/cadangan. Kertas cadangan tersebut dikemukakan kepada wakil rakyat untuk dibincangkan di peringkat kabinet. Jika ianya dipersetujui, maka seterusnya dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri untuk digazetkan.

Mungkin daerah Kota Marudu masih tidak mempunyai pelan pembangunan. Oleh sebab itu, wakil rakyat kawasan itu Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menyuarakannya sekali lagi bagi menyedari para pegawai kerajaan yang terlepas pandang.

Jangan sama sekali menyalahkan para wakil rakyat jika sesebuah daerah lambat membangun. Salahkan para pegawai kerajaan kerana tidak membuat perancangan. Wakil rakyat hanya memberitahu niat atau hasrat rakyat yang diwakilinya. Kemudian, niat dan hasrat itu perlu diterjemahkan oleh para pegawai kerajaan agar menjadi kenyataan.

Tiada gunanya, wakil rakyat terpekik terlolong mahukan kawasan yang diwakilinya maju. Namun, para pegawai kerajaan yang diberi amanah tidak mampu untuk menterjemahkan kehendak wakil rakyat dan rakyatnya. Kehendak wakil rakyat mencerminkan keinginan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook