Latest News

Thursday 29 October 2015

YB Datuk Seri Ghapur Salleh Memperbetulkan Keadaan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ghafur Salleh bela Muhyiddin yassin berkenaan 1bestarinet Oleh Blog Kihampau Tohoh (screenshot)(screenshort)(screenshort)

KENYATAAN MP Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkaitan dengan 1BestariNet iaitu pembekal internet bagi sekolah-sekolah di seluruh negara nampak semacam membela mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan pada ketika itu. Kenyataan MP Kalabakan tersebut sebenarnya memperbetulkan keadaan dan mengingatkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia agar perlu menjawab secara hemah dan saksama dan mengetahui perjalanan sebuah kerajaan.

Projek 1BestraiNet merupakan projek kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pada waktu itu menterinya adalah Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin. 1BestariNet bukan projek individu melainkan projek kementerian. Kalau bercakap mengenai kementerian maka melibatkan pegawai kerajaan yang diketuai oleh Ketua Setiusaha Kementerian (KSU). 

Perlu diketahui bahawa sesuatu projek yang dijalankan oleh sebuah kementerian sebenarnya dilakukan oleh para kakitangan kerajaan dan bukannya oleh menteri. Menteri hanya pelaksana polisi sedangkan seluruh susun atur dan pelaksanaan dilakukan oleh kakitangan kerajaan. Jika didapati jaringan internet melalui projek tersebut lebih lambat dan tidak sesuai dengan yang dipersetujui, sebenarnya terletak kepada siapa para pegawai yang terlibat mengendalikan projek tersebut. Sebabnya, individu yang menandatangani perjanjian projek tersebut bukannya menteri melainkan KSU kementerian atau wakilnya.

Teguran MP Kalabakan terhadap Timbalan Menteri baru yang dilantik pada 29 Julai lalu tersebut perlu diambil iktibar oleh para menteri atau timbalan menteri agar supaya bercakap menggunakan kajian dan menggunakan susun atur pentadbiran. Bukan hanya bercakap main lepas sahaja!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook