Latest News

Monday 2 November 2015

40 Peratus Nilai Bersih Pendapatan Persekutuan Di Sabah

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SEMUA MAU REVIEW, tapi review apa Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KERAJAAN negeri tidak terperangkap dengan angka 40 peratus nilai bersih pendapatan persekutuan yang diperolehi di Sabah. Maksud nilai bersih adalah apabila semua perbelanjaan ditolak.  

Operasi persekutuan di Sabah adalah termasuk pasukan keselamatan, guru-guru, para pegawai kesihatan, para pegawai Kastam, para pegawai JPJ, Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Penerangan dan sebagainya. Jika diambil kira semua kos atau perbelanjaan yang ditanggung oleh persekutuan bagi mengurus semua agensi tersebut, kemudian ditolak dengan pendapatannya daripada Sabah akan menghasilkan jumlah pendapatan negatif. Bagaimana Sabah mendapat bahagiannya daripada pendapatan negatif?

Praktis sekarang adalah Sabah mendapat bayaran tetap sebanyak RM27 juta setahun juga mendapat berbagai peruntukan daripada persekutuan berasaskan keperluan semasa. Selain itu, Sabah juga mendapat sebahagian pembangunan yang dijalankan oleh jabatan-jabatan persekutuan atau kementerian persekutuan. 

Kerajaan Sabah kena berhati-hati berkaitan dengan kadar 40 peratus. Satu jawatankuasa yang pakar mengkaji perakaunan dan sumber pendapatan serta statistik perlu mengkaji positif dan negatifnya berkaitan dengan angka 40 peratus.

Individu seperti Doris Jones hanya tahu melakukan provokasi kerana tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan pendapatan bersih persekutuan di Sabah. Ini adalah hakikat dan fakta yang sebenar-benarnya.

Jangan terpengaruh dengan bunyi guruh di langit dan menumpahkan air di tempayan kerana jika hujan tidak turun, maka akan rugilah sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook