Latest News

Thursday 19 November 2015

Apa Urusan Laman Facebook Tersebut Terhadap Tan Sri Pairin?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Celakalah pairin dan pbs... Oleh FB Page The Future Of Sabah And Sarawak The Federation Of Malaysia (screenshot)


DALAM sebarang keputusan pilihan raya itu adalah lumrah! Ada kawasan yang kalah mahupun yang menang. Namun yang pasti, parti yang kalah itu akan membuat post-mortem bagi mengetahui apakah punca parti itu kalah?

Kekalahan PBS di beberapa kawasan semasa PRU-13, bukan disebabkan Pairin. Sebaliknya, pengundi di kawasan tersebut termakan dakyah-dakyah daripada pembangkang. Namun kini, rakyat di kawasan yang mengundi pembangkang terasa tertipu dan kini mereka menyokong semula BN. Tanda-tanda itu terlihat apabila aktiviti BN di kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat.

Tujuan PBS mengembangkan sayapnya di Sarawak dan Semenanjung bukannya semata-mata untuk bertanding. Akan tetapi memberi peluang kepada rakyat yang menerima perjuangan parti PBS. Sudah tentunya jika ada rakyat menjadi ahli parti itu maka semasa pilihan raya nanti mereka akan mengundi calon-calon Bn di mana parti PBS juga merupakan komponen Bn.

Pihak pembangkang sebenarnya tidak senang kerana PBS dibenarkan melebarkan sayapnya ke Sarawak dan Semenanjung. Ini kerana mereka mengharapkan rakyat yang bukan ahli parti BN akan menyertai parti pembangkang.

Tiada kebenaran bahawa pemuda mengundi pembangkang pada beberapa PRU yang lalu. Hal ini kerana menurut statistik setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM), lebih 60 peratus pengundi muda menyokong BN!

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook