Latest News

Friday 20 November 2015

BAJET NEGERI SABAH: Angau Betul Penyokong Shafie Apdal Ini!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hari ini bajet negeri Sabah 2016 akan dibentangkan. Oleh FB Page Jalin Luin (screenshot)

BAJET NEGERI SABAH merupakan bajet yang dirangka untuk membangunkan negeri demi kemudahan dan keperluan rakyat. 

Bajet yang disediakan adalah sangat bergantung kepada perolehan kerajaan daripada sektor minyak, gas, perladangan dan pelancongan.

Bajet juga bergantung kepada perkiraan cukai berulang yang bakal diperolehi oleh negeri melalui premium tanah dan sebagainya.

Apa yang jelas, melalui bajet yang akan dibentangkan oleh Ketua Menteri pada hari ini bersamaan 20 November 2015 hari Jumaat jam 3 petang di Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah bagi bajet tahun 2016. Bajet ini sudah tentu menjadi memacu perkembangan ekonomi negeri serta peningkatan pendapatan rakyat. Bajet 2016 juga merupakan permulaan kepada bajet bagi Rancangan Malaysia kesebelas (11). Dan sudah tentunya bajet tersebut adalah sebagai asas kepada Sabah menjadi salah satu negeri menuju sebuah gagasan negara maju pada tahun 2020.

Sabah agak berlainan dengan negeri-negeri di Semenanjung. Ini kerana di Semenanjung ada sebelas (11) negeri yang saling melengkapi antara satu sama lain dari segi pembinaan infrastruktur. Namun, bagi Sabah terpaksa bersendirian dan menanggung seluruhnya secara sendiri.

Biasanya, untuk mengerakkan ekonomi Sabah Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan memperkirakan setidak-tidaknya RM4 bilion setahun bajet yang diperlukan.

Pada tahun 2015, bajet negeri adalah sebanyak RM3.812 bilion dengan surplus RM49.23 juta. Untuk bajet 2016 pula, sama-sama kita tunggu hasil bentangan bajet jam 3 petang nanti.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook