Latest News

Friday 6 November 2015

BEGINILAH BUNYINYA... (Komen) Daripada Mereka Yang Tiada Sumbangan Kepada Negara

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Semakin bodoh orang kota belut kena pukau Oleh FB Page The Future Of Sabah/sarawak And The Federation Of Malaysia (screenshot)
(ii)
Diberi pangkat tinggi tapi hakikatnya cuma berstatus hamba/kuli Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

APABILA tiada lagi yang dibanggakan atau tiada yang boleh disebutkan apatah lagi untuk disenaraikan sebagai sumbangan kepada negara, maka timbul iri hati dan cemburu apabila ada orang lain yang dihargai oleh berbagai pihak terutama kepimpinan negara dengan memberi peranan sebagai sebahagian daripada anggota kerajaan yang mengurus negara.

Para pemberi komen tersebut seperti mana yang diutarakan melalui page facebook tersebut adalah senarai mereka yang tiada sumbangan kepada negara. Malah, kehadiran mereka sebagai rakyat boleh saja menjadi liabiliti kepada negara.  Mereka ini, bukan pun sebahagian daripada pembayar cukai besar tetapi mereka adalah yang menikmati berbagai subsidi yang diberikan negara termasuklah BR1M.

Oleh sebab itu, peribahasa Melayu telah melahirkan ungkapan 'tin kosong', ertinya bunyi sahaja nyaring tetapi tidak berisi. 'Tin kosong' mewakili pemilik page faceebook tersebut termasuklah rakan-rakan mereka.

Para rakan serta pemilik facebook tersebut tidak tahu bagaimana menilai pemimpin. Seperti dalam permainan bola. Mereka tidak dapat membezakan antara pemain yang boleh mencipta kemenangan kepada penonton. Maka, semudah saja boleh mendakwa bahawa para pemimpin Kota Belud kononnya diperkudakan. Sedangkan, para pemimpin Kota Belud sebenarnya sebahagian daripada kepimpinan negara.

Page facebook bersama rakan-rakan yang lain tidak faham atau tidak tahu bahawa permainan politik dalam sistem demokrasi. Yang majoriti adalah pemenang dan para pemainan itu bergerak sebagai satu pasukan dan pasukan itu mempunyai seorang kapten atau ketua dan bergerak seperti lokomotif yang hanya berkepala 'satu' agar tidak lari daripada landasan.

Page facebook tersebut bersama rakan-rakan mereka kononnya cuba mempengaruhi penduduk Kota Belud. Sedangkan kenyataannya, rakyat Kota Belud begitu bangga kerana para pemimpin yang mewakili mereka mempunyai peranan penting di peringkat kebangsaan. 

Pemilik page facebook dan rakannya adalah sebenarnya cemburu kerana pemimpin yang mereka puja hanya boleh beraksi di peringkat kampung atau paling tinggi pun di peringkat daerah. 

Kepada pemilik page facebook tersebut, kalau ingin berangan menjadi pemimpin negara dan boleh diguna pakai seperti para pemimpin Kota Belud, berusahalah menjadi penyumbang kepada negara dan jangan pula secara terus-menerus menjadi liabiliti. Sekian!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook