Latest News

Thursday 19 November 2015

Betulkah Ada Permohonan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) rayuan demi rayuan . setelah undi BN UMNO cuma dapat tangki biru dan brim... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

BIASANYA, jika ada permohonan membina jambatan gantung, kerajaan akan meluluskannya kerana kos membina jambatan seumpama itu bukannya berkos jutaan ringgit.

Pembinaan jambatan gantung boleh sahaja melalui peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) atau Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah jika benar-benar permohonan tersebut telah dimajukan ke peringkat daerah di mana pejabat daerah telah menyenaraikan keperluan tersebut.

Penduduk Kampung terutama JKKK perlu mengetahui proses permohonan sebenar dan bukannya melalui luahan di surat khabar kerana luahan seperti itu tidak akan dapat mendapatkan keputusan apa-apa jika proses permohonan tidak dipatuhi.

Ada kemungkinan juga gambar facebook tersebut dibuat-buat untuk tujuan provokasi dan kemungkinan wartawan yang menulis berkaitan gambar tersebut juga mempunyai niat tertentu. Sedangkan sebelum ini, AFS telah memeriksa beberapa keratan akhbar yang menjadi isu di mana setelah memeriksanya dengan menghubungi pihak akhbar ternyata headline telah diubah!

Memang benar, masih banyak perkampungan terpencil di Sabah yang masih dipisah-pisahkan oleh sungai. Namun, melihat kepada keadaan sebenar pada gambar tersebut, besar kemungkinan penduduk tersebut mengambil jalan pintas untuk menyeberang ke tanah perkuburan kerana jalan tersebut yang adalah yang terpantas dan dekat. Lagipun, kedalaman sungai yang direntasi juga tidaklah terlalu dalam.

Melihat kepada siaran akhbar itu (yang tidak bertarikh), mungkin saja telah berlaku pada masa yang lalu. Dan kini, berkemungkinan besar jambatan gantung tersebut telahpun dibina. Namun, wartawan tersebut tidak bertindak membuat susulan untuk memberi laporan yang terkini.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook