Latest News

Monday 30 November 2015

BROKER TANAH KEPANASAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) bila pilihanraya dah dekat... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)


APABILA kerajaan negeri tidak lagi meluluskan pemberian tanah secara persendirian, maka broker-broker tanah cukup terpukul dengan tindakan itu. Hal ini kerana mereka tidak dapat lagi pendapatan secara mudah melalui penjualan tanah-tanah NT kepada syarikat-syarikat luar.

Melalui tindakan kerajaan negeri melalui teraju Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang telah memansuhkan pemberian pemilikan tanah kepada persendirian. Sebaliknya, melalui geran beramai-ramai (geran komunal) maka mereka mencipa berbagai isu termasuklah mendakwa bahawa tindakan kerajaan itu hanya tindakan sandiwara. 

Datuk Seri Musa Aman adalah seorang pemimpin yang praktikal dan beliau tidak akan berganjak melalui tindakan yang betul. Ini kerana beliau telah maklum dan pasti bahawa pemberian tanah secara persendirian akan merugikan negeri secara jangka masa yang panjang kerana tanah-tanah yang diberikan kerajaan akhirnya berakhir di tangan-tangan pihak bank. Oleh kerana syarikat yang membeli itu akan menggadaikan tanah-tanah itu untuk mendapatkan wang, mereka tidak memikirkan kesan jangka masa panjang yang sebaliknya hanya mahu mengaut keuntungan dengan lebih cepat dan memperkayakan diri sendiri sahaja. Akibatnya, rakyat Sabah yang menjadi korban apabila pada masa depan ketika membangunkan tanah-tanah itu demi faedah rakyat. 

Lihat bagaimana pemilik akaun facebook itu bercakap kosong dan tiada asas. Misalnya, berkaitan kad pengenalan. Kad pengenalan diberikan kepada rakyat. Kad pengenalan itu hanya berguna kepada pemiliknya. Kad pengenalan tidak boleh memenangkan sebarang parti dalam pilihan raya kecualilah pemilik kad pengenalan itu mendaftar sebagai pengundi. 

Sistem pendaftaran di negara kita berasaskan Daerah mengundi (DM) dan biasanya setiap DM, para pengundi saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Kepada pemilik facebook tersebut, AFS perlu bertanya apakah anda pernah mengundi? Jika pernah sudah tentu anda mengetahui kaedah pengundian di negara ini. Namun, melihat saja kepada kenyataan anda, nampaknya seolah-olah belum pernah mengundi dan bukan pun sebagai pengundi berdaftar.

Kerajaan yang bertanggungjawab dan pemimpin yang bertanggungjawab untuk tidak akan bertindak melanggar janji. Mereka akan dinilai setiap lima (5) tahun melalui pilihan raya. Manakala pemilik facebook itu  pula tidak akan dinilai oleh sesiapa! Namun, hanya dosa yang ditanggung sendiri kerana tindakan sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook