Latest News

Monday 9 November 2015

CADANGAN Pendaftaran Semula

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jawatankuasa Teknikal Pengurusan  Warga... Oleh FB Edward Stepens (screenshot)


SEBENARNYA, cadangan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan RCI (Pati) Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkaitan pendaftaran semula rakyat Sabah tiada yang peliknya. Ini kerana sejak merdeka, sudah empat (4) kali telah diadakan pendaftaran semula apabila berlaku penggantian kad pengenalan yang baharu.

Penggantian kad pengenalan sebenarnya satu tindakan pendaftaran semula berikutan proses yang diperlukan adalah sangat ketat dengan dikenakan beberapa syarat-syarat tertentu.

Biasanya, setiap 20 tahun akan berlaku penggantian kad pengenalan baru. Maka, pada waktu itulah akan berlaku pendaftaran semula penduduk atau rakyat Sabah.

Apa yang mustahak kini adalah mengenal pasti kad pengenalan palsu yang tidak terdapat dalam sistem jabatan JPN (Sabah) yang dikeluarkan oleh sindiket pengeluar kad pengenalan haram. 

Setiap sistem ada kelemahannya. Kelemahan itulah yang dipergunakan oleh petualang-petualang yang bermotifkan kewangan!

Apabila sistem biometerik dilaksanakan bagi menggantikan kad pengenalan yang ada, maka pada saat itulah akan terdedah kad-kad rakyat tempatan atau bukan, sama ada yang asli dan sebaliknya. Selain itu, penguatkuasaan status penduduk Sabah yang dibahagikan kepada tiga (3) kategori yakin penduduk asal, bumiputera dan Bukan bumiputera juga akan turut membantu mendedahkan status rakyat Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook