Latest News

Tuesday 17 November 2015

DAKWAAN PALSU: PAKISTAN DI'MELAYU'KAN UMNO?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) biar kes lama tapi BELUM SELESAI Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DAKWAAN yang ditulis oleh seorang penulis upahan tersebut sebenarnya dakwaan palsu! Hal ini kerana semasa siasatan RCI (Pati) Sabah ternyata seluruh dakwaan itu tiada bukti ataupun fakta!

Apa yang ditemui semasa siasatan RCI Pati Sabah adalah  terdapatnya kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh sindiket pengeluar kad pengenalan. Namun, nombor siri kad pengenalan tersebut tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sejak Disember 2014 selepas pengumuman laporan RCI (Pati) Sabah, operasi besar-besaran telah dijalankan bagi memburu mereka yang memegang kad pengenalan palsu. Dan ternyata setakat ini lebih 24 ribu telah berjaya ditangkap dan dihantar pulang di mana 90 peratus daripada mereka itu merupakan rakyat Filipina dan bakinya daripada Indonesia. Selain itu, masih lebih 5 ribu PATI masih ditahan di pusat-pusat tahanan di seluruh Sabah dan menanti untuk dihantar pulang ke negara masing-masing.

Dakwaan yang dirujuk Doris Jones itu adalah tulisan lama Mutalib MD di mana tulisan dan dakwaan itu semuanya auta belaka.

Dalam satu taklimat yang diadakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejak tahun 1970 sebenarnya hanya 90 ribu rakyat asing diberikan warganegara melalui proses undang-undang negara ini. Oleh sebab itu, jika ada rakyat asing diluar jumlah itu yang mempunyai kad pengenalan biru, maka sudah pastinya tiada dalam rekod JPN. Bermakna kad pengenalan itu adalah palsu walaupun secara fizikalnya adalah sama dengan kad pengenalan asli.

Kad pengenalan yang nampak asli itu sebenarnya dikeluarkan oleh sindiket yang melibatkan petualang dalam JPN yang hanya kerana bermotifkan kewangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook