Latest News

Wednesday 25 November 2015

DAKWAAN PENIPU: Isu Empangan Kaiduan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KAIDUAN DAM WILL NOT SOLVE ANY WATER WOES Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

JO Nandu adalah nama palsu yang suka menuduh berbagai dakwaan terhadap pemimpin kerajaan terutamanya di Sabah. Salah satu tindakan pemilik akaun facebook tersebut adalah mendoakan YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan keluarganya terlibat dalam kemalangan. Walaupun laporan polis dibuat terhadap pemilik facebook tersebut, namun pihak polis masih belum berjaya menangkap. Ini kerana identiti palsu tersebut masih dalam pengecaman pihak polis secara sulit.

Keperluan air bagi kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya akan terancam dan berkurangan pada tahun 2035. Oleh kerana akibat pertambahan penduduk iaitu dengan bertambahnya pertambahan penduduk, maka penggunaan air juga akan bertambah. Sebenarnya, kerajaan sangat peka dan melihat akan keperluan rakyat pada masa akan datang. 

Dengan sebab itu, sebelum krisis air berlaku maka kerajaan perlu menyediakan prasarana untuk itu. Kajian kekurangan air bagi kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya telah dijalankan oleh Bank Pembangunan Asia  (ADB) sejak tahun 1987. Maka, bank tersebut mencadangkan agar satu 'dam' atau empangan perlu dibina bagi mengatasi krisis air pada masa depan.

Di kawasan Pantai Barat, telah dikenal pasti kawasan yang strategik adalah di kawasan kampung Kaiduan. Maka, atas sebab itu empangan ini juga dinamakan sebagai 'Empangan Kaiduan' sempena dengan nama kampung tersebut.

Pihak-pihak tertentu yang berfikiran sempit yang kononnya mengatas namakan alam sekitar dan menghasut penduduk kampung agar menentang pembinaan empangan Kaiduan adalah tindakan yang sangat kurang bijak sekali! Ini sudah tentu menghalang keperluan ratusan ribu pengguna berbanding yang memprotes adalah tidak sampai pun 600 orang.

Kerajaan perlu mengutamakan keperluan majoriti rakyat dan bukan sebahagian rakyat yang mempunyai matlamat sempit!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook