Latest News

Thursday 5 November 2015

Dakwaan Tun Dr. Mahathir Banyak Menyembunyikan Fakta

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) inilah raut wajah seorang tukang kipas first class oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BB UMNO (screenshot)

SEMASA pembinaan lapangan terbang baru di Sepang yang kini dinamakan sebagai Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), memerlukan kerajaan membelanjakan peruntukan lebih RM9 bilion. Demikian juga pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dibina oleh pihak swasta di mana kos pembinaan lebuhraya selain geran daripada kerajaan, pelaksana projek itu meminjam daripada bank sebanyak puluhan bilion ringgit. Juga, projek besi kerajaan, Perwaja Steel turut memerlukan pinjaman sehingga RM80 bilion. Ertinya, sebarang perniagaan memerlukan pinjaman untuk membiayai operasi sesebuah projek mega.

Oleh kerana pinjaman adalah sebahagian daripada perniagaan, maka atas sebab itulah terwujudnya institusi perbankan. Tujuan perbankan adalah sebagai penyedia dana pinjaman.

Para pemilik perniagaan di negara ini seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary, Vincent Tan, Robert Kuok mahupun Ananda Krishnan semuanya mempergunakan bank untuk membiayai perniagaan mereka. Malah, pinjaman mereka rata-rata di atas lingkungan RM40 bilion. Sebagai individu pun boleh dipercayai oleh institusi bank sehingga meminjam lebih RM40 bilion. Tidak pula sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia seperti 1MDB yang tidak boleh meminjam?

1MDB yang bermodalkan hanya RM1 juta. Namun, dipercayai oleh institusi perbankan untuk mendapatkan pinjaman sehingga 42 ribu kali ganda daripada modal permulaan kerana model perniagaan syarikat tersebut sangat berdaya maju. Sebabnya, syarikat itu menggunakan tenaga dan entiti komersial sebagai perniagaan utama.

Kalaulah dijumlahkan kesemua pinjaman beberapa individu pemilik perniagaan di negara ini sehingga mencapai lebih RM400 bilion, mengapa pula tidak dimasukkan sebagai pelaku mensabotaj kewangan negara? Apakah mereka itu merupakan kroni? Mengapa pula RM42 bilion yang dipinjam 1MDB dikatakan mensabotaj kewangan negara? Sedangkan wang pinjaman itu dijamin oleh aset yang dibeli sebagai kolesterol? Ya! Memang benar 1MDB meminjam sebanyak RM42 bilion. Namun, hasil pinjaman tersebut mampu mewujudkan aset yang bernilai RM52 bilion! Dengan keuntungan RM10 bilion, apakah ianya boleh dikategorikan sebagai mensabotaj kewangan negara? Fikir-fikirkan.

Tun Dr. Mahathir banyak sangat berselindung dan mengelak bagi memperkatakan kebenaran kerana niat mantan Perdana Menteri itu hanya mahu menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. That's all!

Datuk Seri Salleh Said Keruak adalah beberapa daripada rakyat negara ini yang tahu berkaitan dengan fakta-fakta kewangan negara serta fakta-fakta apa yang telah berlaku semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Oleh sebab itu, beliau membuat penjelasan agar supaya rakyat tahu perkara duduk yang sebenarnya walaupun mereka yang sudah menutup berkenaan kebenaran ini seperti pemilik page facebook tersebut yang tidak akan percaya sama sekali kerana telah membuat keputusan bahawa warna putih itu adalah hitam.

Tujuan Salleh membuat penjelasan bukan ditujukan kepada pemilik page facebook tersebut akan tetapi kepada rakyat yang mencari dan ingin mengetahui berkaitan kebenaran dan fakta tersebut.

Yakinlah, mereka yang mahu mencari kebenaran dan fakta sebenar mempunyai nisbah 100 orang berbanding seorang di negara ini dan orang itu adalah pemilik page facebook tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook