Latest News

Wednesday 11 November 2015

Disebalik Kecemburuan Kepada Datuk Seri Musa Aman

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Inilah muka-muka yang menjadi dalang membawa masuk umno ke Sabah Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah(screenshot)
(ii) UMNO berkembang dan kemudiannya merampas segala hak hak rakyat SABAH Oleh FB Page Solidarity 4 Sabah (screenshot)
(iii) Inilah mereka yang telah mengadaikan segalanya kepada Malaysia Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MEREKA yang cemburu kepada Datuk Seri Musa Aman bukan sahaja pemimpin pembangkang dan pengikutya malah pemimpin lain walaupun tidak secara terang-terangan. Sebabnya, mereka tidak terfikir bahawa kemajuan yang diterajui beliau selepas sahaja dilantik sebagai ketua menteri pada tahun 2003 adalah sungguh luar biasa. Bagi rakyat yang dahagakan pembangunan dan pembelaan, kehadiran Datuk Seri Musa Aman sebagai ketua menteri merupakan rahmat kepada mereka.

Rakyat yang dahagakan pembangunan dan pembelaan sebenarnya hanya akan melihat kepada pemimpin yang mempunyai keikhlasan membela mereka. Seorang pemimpin yang tidak mengira latar belakang rakyat, jika rakyat itu perlu dibela maka akan dibela!

Lihat sahaja peruntukan kepada sekolah-sekolah persendirian (swasta) Cina di Sabah. Walaupun kaum Cina menolak calon-calon BN pada PRU-13 lalu, namun beliau terus sahaja membantu sekolah-sekolah berkenaan demi masa depan anak-anak dan para pelajar.

Memang Datuk Seri Musa Aman adalah salah seorang penaja UMNO selepas USNO dibubarkan. Ini kerana Datuk Seri Musa Aman tidak pernah menyertai mana-mana parti politik selain USNO. USNO dibubarkan ekoran beberapa pilihan raya negeri sejak tahun 1976, tidak lagi pernah dimenangi. Dengan sebab itu, pembubaran USNO adalah bagi memberi peluang semua ahlinya masuk ke perahu besar. Itulah kenyataan Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun selepas mengumumkan pembubaran USNO.

Selain itu, pembubaran USNO juga mempunyai kaitan dengan tikam belakang PBS pada tahun 1990 ketika diambang pembuangan undi.

Tun Mustapha yang merupakan pengasas USNO tidak mahu parti itu lenyap begitu sahaja seperti parti-parti yang pernah berkuasa selepas kalah maka lenyap. Kemasukan ahli USNO ke dalam UMNO termasuk penyertaan Datuk Seri Musa Aman adalah merupakan kesinambungan kepimpinan USNO dan sebahagian daripada rancangan pembelaan kepada rakyat.

Lihat sahaja bagaimana rakyat Sabah ketinggalan selama 9 tahun bermula tahun 1985 hingga 1994 sehingga Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Hasil pentadbiran Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri maka bajet Sabah senantiasa membuat rekod peningkatan yang sangat memberangsangkan dari segi jumlah. Malah, simpanan kewangan Sabah mencecah RM3 bilion berbanding sewaktu beliau dilantik yang hanya dengan berjumlah RM100 juta.

Mereka yang mengkritik Datuk Seri Musa Aman dengan berbagai dakwaan dan fitnah termasuklah membangkitkan asal usul beliau adalah merupakan mereka-mereka yang mempunyai dendam kesumat. Ini kerana mereka-mereka itu tiada kemampuan untuk bersaing dengan ketua menteri itu. Maka, mereka berselindung melalui nama samaran dengan mempergunakan media sosial dengan menyebarkan post-post yang berbaur fitnah dan serangan peribadi terhadap beliau. Yakinlah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Pemilik laman facebook tersebut akan pasti meminta ampun sekiranya telah ditangkap kelak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook