Latest News

Friday, 13 November 2015

EKONOMI SABAH: Data Ini Sudah Ketinggalan Kereta Api

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pemimpin pemimpin BN UMNO buat buat tak tahu isu ini Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

DATA itu merupakan data tahun 2009. Sedangkan data statistik pada tahun 2012 bagi kemiskinan Sabah hanya sekadar 8 peratus dan kini sudah di bawah 4 peratus (walaupun masih di atas data kebangsaan sebanyak 1 peratus).

Sabah, sejak tahun 2003 sebaik sahaja YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau telah menggariskan hala tuju Sabah di mana sebelum tahun 2020 kadar kemiskian Sabah akan mendekati kadar kemiskinan kebangsaan.

Perlu diingat bahawa tiada negara di dunia ini boleh menghapuskan kemiskinan 100 peratus memandangkan ada sahaja rakyat yang tergolong kepada kategori itu atas beberapa sebab. Contohnya, antara lain adalah kekurangan pendidikan dan kurangnya usaha serta lebih-lebih lagi penjualan tanah yang produktif untuk tujuan berfoya-foya. Ini adalah fakta dan statistik yang telah diterima yang melaporkan kes-kes kemiskinan wujud di Sabah.

Di Sabah, kini atas usaha kerajaan negeri dan persekutuan dengan berbagai program ekonomi seperti mesej, 1Azam, agropolitan dan program kebun tani telah dapat mengurangkan peratusan rakyat yang berada dalam kategori miskin. Apatah lagi program kerajaan seperti bantuan BR1M dan berbagai program lain yang mengarah kepada pembasmian kemiskinan.

Kerajaan melalui eKasih, malah agak kesukaran mencari mereka yang benar-benar miskin tegar kerana sedikitnya rakyat kini yang tergolong sebagai miskin tegar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook