Latest News

Friday 27 November 2015

Geran Komunal: Bagi Mengelak Tanah Untuk Dijual

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Benarkah janji Terang bulan ini Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)
(ii) Habis tanah orang Sabah Oleh FB Page The Future Of Sabah/Sarawak and the Federation Of Malaysia (screenshot)
(iii) Habis tanah penduduk kampung Oleh FB Page Gerakan Perubahan Rakyat Sabah (screenshot)

SEBAIK sahaja YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilantik menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, tindakan pertama beliau antara lain tidak meluluskan permohonan tanah atas nama individual. Tindakan itu mempunyai asas kukuh kerana semasa kerajaan USNO, Berjaya dan PBS telah beribu hektar tanah kerajaan telah diberikan kepada rakyat. Namun, tanah-tanah itu telah berakhir ke tangan syarikat-syarikat besar. 

Hanya kerana sifat tamak haloba iaitu mahu mendapat kewangan dengan cara mudah tanpa memikirkan tujuan sebenar pemberian tanah itu kepada mereka iaitu sebagai media untuk mereka mendapatkan pendapatan secara tetap melalui bercucuk tanam, maka tetap saja dilakukan!

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman semasa menjawab soalan ADUN Sugut, Datuk James Ratib semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir semalam memberitahu dewan bahawa beliau akan terus membela rakyat khususnya penduduk luar bandar yang mempunyai asas kukuh yang mendiami tanah-tanah simpan kerajaan seperti tanah-tanah perkuburan dan tanaman-tanaman yang berumur puluhan tahun. Dan jika bukti-bukti itu didapati di kawasan-kawasan itu, maka kerajaan negeri akan mempertimbangkan pemberian geran-geran komunal. Tujuan geran komunal adalah untuk mengelak tanah yang diberikan untuk dijual kepada pihak lain.

Datuk Seri Musa Aman dalam tindakan beliau adalah sangat praktikal. Lebih 10 tahun sebagai ketua menteri dan tiada satu tanah kerajaan pun diberikan kepada para individu melainkan melalui geran komunal.

Selain itu, Datuk Seri Musa Aman berjanji akan menyelusuri terus dalang-dalang yang mempengaruhi orang-orang kampung menjual tanah mereka dan menyelusuri pembeli yang sepatutnya tidak boleh membeli tanah-tanah tersebut. Kerajaan sedang mengemaskini pemilikan tanah di Sabah sebaik sahaja semua data tanah siap dikemaskini tanah-tanah yang sepatutnya tidak boleh ditukar milik.

Akan tetapi, tanah tersebut telah didapati telah dijual kepada pihak yang tidak boleh memiliki jenis tanah itu. Oleh yang demikian, kerajaan akan merampasnya dan mengembalikan tanah itu kepada rakyat Sabah yang berbentuk geran komunal.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook