Latest News

Thursday 26 November 2015

Geran Komunal: "Traitors coaxed locals to sell land to outsiders", Musa.

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Traitors coaxed locals to sell land to outsiders Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)

ASAS kepada pemberian geran komunal berikutan kerajaan telah mendapati sebanyak berjuta hektar tanah kerajaan yang diberikan kepada rakyat akhirnya bertukar tangan kepada orang lain khususnya kepada orang luar. Hal ini kerana mereka yang diberi geran secara bersendirian menjual tanah pemberian kerajaan itu adalah untuk tujuan mendapatkan kewangan secara cepat dan pantas. 

Selepas tanah yang diberikan itu dijual, penduduk yang sama menceroboh tanah kerajaan lain dan kemudiannya mengaku tanah yang diceroboh itu adalah tanah NCR. Sebenarnya, tanah yang berstatus NCR telah lama 'tiada' kerana kerajaan telah memberikan geran kepada rakyat yang menduduki tanah-tanah itu sejak tahun 1970-an lagi. 

Sejak merdeka, sebenarnya kerajaan telah memberikan lebih 14 juta hektar atau 35 juta ekar tanah kepada rakyat. Namun, tanah-tanah itu sebahagian besar telah dijual kepada pihak-pihak luar. Kalau dilihat penduduk Sabah yang berjumlah 2.6 juta penduduk, maka jika dipadankan dengan tanah yang telah diberikan geran, maka secara puratanya setiap seorang rata-ratanya mempunyai 13 ekar atau 5 hektar. Namun, pada kenyataannya tanah-tanah itu telah dimiliki oleh syarikat-syarikat besar secara tunggal ekoran tindakan rakyat sendiri yang kurang bijak dan tamak. 

Pernah ada seorang pemimpin pembangkang dan kini wakil rakyat pernah menipu rakyat kampung yang melibatkan lebih 800 ekar tanah NT dan tanah-tanah tersebut telahpun dijual kepada syarikat-syarikat besar. Sungguh mengecewakan!

Pemberian geran secara komunal merupakan tindakan tepat kerajaan agar tanah kerajaan yang diberikan kepada rakyat dapat diwarisi secara turun-temurun. Memang tindakan kerajaan itu tidak disukai oleh pembangkang kerana agen-agen penjual atau broker tanah merupakan penyokong pembangkang. Oleh sebab itu, mereka menghasut rakyat agar menentang pemberian tanah secara berkumpulan atau geran tanah secara komunal.

Sebagai Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mempunyai data yang lengkap berkaitan pertukaran hak milik tanah di Sabah dan tindakan pihak-pihak tertentu termasuklah yang memiliki status bumiputera yang dipalsukan. Hal ini sudah tentu akan terungkai apabila kategori rakyat Sabah diklasifikasikan kepada penduduk asal, bumiputera dan bukan  bumiputera. 

Sebenarnya, kuasa atas tanah di Sabah adalah hak negeri dan Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah mempunyai kuasa menarik balik semula geran tanah yang telah diberikan khususnya tanah NT yang dibeli oleh bukan bumiputera dan orang asing.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook