Latest News

Wednesday 11 November 2015

IMPAK SEMASA MENJADI PEMBANGKANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  MP Kota Marudu adalah maximus ongkili Oleh FB Page  The Future Of Sabah/Sarawak and the Federation Of Malaysia (screenshot)

BENAR Datuk Seri Maximus Ongkili salah seorang MP terlama (veteran) bagi Sabah selepas Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Akan tetapi, sebahagian masa itu adalah semasa PBS merupakan parti pembangkang kepada kerajaan BN.

Rakyat perlu menerima hakikat apabila mereka memberi undi kepada pembangkang. Maka, kerajaan yang memerintah terlebih dahulu mengutamakan kawasan yang dimenangi dan kemudiannya kawasan pembangkang. Itupun terletak kepada penyediaan bajet atau kewangan.

Kota Marudu hanya dikuasai BN pada tahun 2004 atau kurang lebih 11 tahun yang lalu. Jangka masa 11 tahun bukan masa yang panjang bagi pembangunan sebuah kawasan yang enggan membangun berikutan pada mulanya memilih parti pembangkang kepada kerajaan suatu ketika dahulu.

Sesebuah kawasan yang enggan menyokong parti kerajaan adalah kerana kehendak para penduduk sendiri atau pengundi tidak ingin memerlukan bantuan daripada kerajaan. Keadaan inilah yang berlaku di kawasan-kawasan pembangkang seperti Bukit Bintang (KL), Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Petaling Jaya Utara, Gelang Patah atau Kepong. Penduduk kawasan itu tidak ingin memerlukan bantuan kerajaan. Bahkan, sebilangannya ada yang anti kerajaan dan membenci. 

Oleh kerana mereka sudah boleh hidup sendiri atau berdiri di kaki sendiri, seharusnya pemilik page facebook tersebut sedar kerana sebagai pembangkang maka dia tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan. Hal ini kerana pembangkang boleh mengurus serta membantu rakyat yang menyokong mereka. Tak gitu?

Jangan salahkan kerajaan kerana kerajaan mempunyai komitmen lebih kepada rakyat yang menyokong sejak sekian lama. Bagi kawasan yang baru menyokong seperti penduduk daerah Kota Marudu, kenalah bersabar kerana akan tiba jua giliran anda. Ini boleh saja diibaratkan seperti pergi ke hospital untuk berjumpa doktor yang perlu mengambil tiket dan menunggu giliran masing-masing. Penduduk yang baru menyokong tidak boleh "jump queue" seperti mana kehendak pembangkang dan seperti juga keinginan pemilik facebook tersebut.

Maximus seperti juga pemilik facebook tersebut merupakan pembangkang kepada kerajaan sehingga tahun 2002. Selepas menyedari bahawa rakyat yang menyokong beliau akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan, maka beliau menyertai kerajaan. Oleh kerana penyertaan hanya dalam tempoh 11 tahun, maka pembangunan yang dibawa beliau adalah masih belum jelas dilihat. Di samping itu, kerajaan juga tidak mempunyai lampu Aladin untuk pembangunan sepantas kilat sebaliknya memerlukan masa dan kewangan.

Banyak kawasan di Sabah yang merupakan wilayah kerajaan seperti daerah Kota belud secara amnya. Walaupun demikian, pembangunan juga belum pesat dilihat di sana kerana seperti yang dikatakan pembangunan adalah mustahak yang memerlukan masa dan kewangan. Bagi rakyat Kota Marudu, kena bersabar selagi mereka menyokong kerajaan. Satu hari kelak, pasti keperluan mereka akan dipenuhi dan dibina. Namun, jika mereka menolak parti kerajaan maka sudah tentu akan kembali semula kepada keadaan asal.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook