Latest News

Monday 2 November 2015

ISU Jalan Narandang, Kudat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SPECIAL BRANCH SANA BAWA WARTAWAN MASUK SINI Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEBENARNYA, jalan Narandang, Kudat adalah jalan kampung yang belum digazetkan sebagai jalan tetap.

Untuk menaik taraf sesebuah jalan (raya), pertama ianya perlu digazetkan sebagai jalan tetap, ertinya jalan tersebut tidak akan berubah lagi. Pihak Pejabat Daerah Kudat perlu memasukkan perancangan berkaitan sesebuah jalan tetap beserta dengan anggaran kos yang diperlukan. Anggaran kos disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) setempat atau pusat.

Jika sesebuah jalan belum tersenarai sebagai jalan tetap atau jalan yang bakal dinaik taraf, maka sebarang cerita daripada mana-mana pihak termasuk calon-calon tertentu semasa pilihan raya, tidak diterima pakai kerana membelanjakan wang kerajaan perlu melalui peraturan kewangan. Peraturan itu termasuk seperti mana disebutkan di perenggan kedua (atas).

Perlu diketahui bahawa banyak jalan-jalan di kampung yang merupakan jalan untuk pengangkutan produk pertanian atau jalan perhubungan. Jika jalan Narandang dikategorikan sebagai jalan perhubungan, maka ianya perlu memenuhi kriteria tertentu. Sebagai misalnya, berapakah (purata) ramai penduduk menggunakan jalan tersebut sebagai jalan perhubungan.

Oleh kerana jalan tersebut belum dikategorikan sebagai jalan perhubungan melainkan hanya sebagai jalan mengangkut produk pertanian, adalah kemungkinan besar penyebabnya sehingga sekarang masih belum dinaik taraf.

Seharusnya Doris Jones meminta kerajaan UK memberi dana untuk membina jalan tersebut dinaik taraf kepada lebuh raya agar supaya debu-debu tidak berterbangan semasa kemarau dan air tidak bertakung semasa hujan. Lagipun, menurut Doris jalan tersebut dibina oleh sukarelawan Jerman.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook