Latest News

Wednesday 25 November 2015

ISU JAMBATAN BUM-BUM: Sudah Dijelaskan Tapi Degil!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Bajet 2016 bagi negeri Sabah Oleh Web kihampautohoh (screenshot) (screenshot)
(ii) Jambatan PBB sudah lama dibuat Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

DEGIL, degil tetap saja degil! Hakikatnya, tiada keperluan membina Jambatan Pulau Bum-Bum, Semporna. Apa yang perlu dihayati dalam  membina sebarang infrastruktur yang dibiayai oleh kerajaan adalah memerlukan kajian yang khusus terutama apabila menyentuh hal-hal seperti kos berimbang. Kos berimbang antaranya adalah limpahan ekonomi akibat pembangunan infrastruktur tersebut, impak sosio-ekonomi dan impak alam sekitar.

Pembinaan Jambatan Bum-Bum, jika dilihat dari segi limpahan ekonomi dan sosio-ekonomi untuk sementara waktu adalah benar-benar tidak signifikan. Maka, kerajaan melihat ketika ini tiada keperluan yang mendesak bagi pembinaan jambatan tersebut.

Dakwaan pemilik facebook tersebut yang kononnya kalau dekat pilihan raya. maka akan diluluskan pembinaan jambatan tersebut sebagai gula-gula politik. Dakwaan tersebut adalah dakwaan khayalan! Ini kerana sebarang pertimbangan pembinaan infrastruktur yang memerlukan kos yang tinggi dan kerajaan sudah tentu dapat mempertimbangkannya seperti mana keterangan di atas.

Sebagai contoh, pertimbangan kerajaan untuk membina infrastruktur yang berkos tinggi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan masa lebih 30 tahun untuk merealisasikan Jambatan Pulau Pinang. Demikian juga Lebuh raya Pan Borneo yang memerlukan lebih 50 tahun. Mungkin 5 tahun akan datang apabila sosio-ekonomi dan limpahan ekonomi di Pulau Bum-Bum telah menjana ekonomi negeri, maka pembinaan jambatan itu akan diusul semula.

Pembinaan jambatan yang berkos tinggi sebenarnya tidak terletak pada bajet kerajaan negeri sebaliknya adalah melalui bajet persekutuan. Jadi, janganlah membuat dakwaan yang mengelirukan kononnya kos pembinaan Jambatan Bum-Bum tidak terdapat dalam bajet negeri! Sila jangan putar belit!!

Pulau Bum-Bum terletak di Semporna. Sehingga hari ini tiada aktiviti ekonomi sederhana di kawasan itu yang boleh menyumbang kepada Gross National Income (GNI) kepada Sabah atau negara. Hal ini kerana Pulau itu hanya merupakan pulau di mana penduduknya bergantung hampir sepenuhnya kepada hasil laut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook