Latest News

Monday 23 November 2015

Isu Keahlian 'SULTAN SULU' Dipecat!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Parti UMNO Paling Teruk di Sabah Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEBAIK sahaja Datu Mohd Akjan bin Datu Ali Muhammad mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu maka keahliannya di Parti Umno telah digugurkan. Berkenaan dengan jawatannya dalam NGO pula, itu adalah urusan NGO itu sendiri. Pemilik page itu kena faham bahawa NGO adalah organisasi dan bukan kerajaan.

Memang benar, Sabah mempunyai keahlian UMNO yang paling ramai di negara ini. Ini kerana kebanyakan bumiputera tertumpu keahliannya pada sebuah parti itu. Berlainan dengan di Semenanjung yang terbahagi kepada beberapa parti seperti PAS dan PKR. Di Sabah, khususnya bumiputera Islam adalah lebih cenderung untuk menyertai UMNO. Mereka percaya bahawa dengan melihat parti itu adalah satu-satunya parti yang boleh membela mereka.

Penduduk Sabah adalah seramai 2.6 juta penduduk dan 1 juta daripadanya adalah bumiputera Islam. Mereka yang menyertai UMNO hanya seramai 550,000 orang. Ertinya, adalah sedikit di atas separuh daripada jumlah itu. Manakala yang lain mungkin ahli sebuah parti komponen yang lain dan sebahagiannya menjadi ahli parti tempatan di Sabah termasuklah parti pembangkang.

Dakwaan kononnya kebanyakan ahli UMNO adalah warga asing yang mendapat kewarganegaraan adalah tidak berasas. Ini kerana sejak tahun 1963, hanya 90,000 rakyat asing telah diberikan kewarganegaraan. Dan mereka itu terbahagi kepada pelbagai suku kaum dan agama.

Melihat kepada cara page facebook tersebut menulis, sudah tentu mewakili pembangkang seratus peratus. Juga, melihat kepada terdedahnya bahawa pembangkang merupakan dalang kepada warga asing di Sabah seperti mana ditunjukkan oleh Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar yang juga bersekongkol dengan anak Sultan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram adalah tidak dapat dinafikan lagi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook