Latest News

Friday 6 November 2015

ISU Penjualan Telur Penyu Di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau rakyat jual dan makan...habis kena naik mahkamah dan lepas itu bayar denda Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) p
emimpin malaya sudah mula makan tanpa menghiraukan pemimpin Sabah Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii)
Pemimpin-pemimpin Sabah yang duduk semeja Oleh FB Page The Future Of Sabah/Sarawak and The federation Of Malaysia (screenshot)

PENJUALAN telur penyu di Sabah sebenarnya umpama seperti kucing dan tikus yakni di antara penjual dan penguatkuasa.

Penjualan telur penyu bukan sahaja berlaku di Sandakan dan sekitarnya, malah turut berlaku di kawasan Kota Kinabalu sehingga ke daerah Kota Belud.

Telur penyu yang dijual di beberapa kawasan di Sabah sebenarnya adalah telur penyu yang diseludup daripada negara jiran dan bukannya berasal daripada penyu-penyu yang mendarat di kawasan pantai perairan Sabah. Namun, tidak dinafikan juga ada segelintir yang diperolehi daripada Sabah terutamanya di kawasan Sandakan.

Sabah boleh menguatkuasakan undang-undang bagi penjualan telur penyu yang berasal daripada Sabah. Namun, masih tiada peraturan yang boleh dibuat berkaitan dengan telur penyu yang diseludup daripada negara jiran. Tindakan penguatkuasa paling tidak pun hanya merampas telur-telur seludup tersebut dan destinasi akhirnya juga akan berakhir di meja makan walaupun secara tidak terang-terangan.

Mensensasikan gambar telur penyu yang dihidangkan di meja makan yang secara kebetulannya dihadiri oleh menteri KKLW adalah merupakan tindakan yang tidak usul periksa kerana menteri itu sendiri berkata, beliau tidak makan telur penyu atas sebab kadar kolesterol yang tinggi.

Jika mahu mengaibkan menteri itu kerana ternampak telur penyu yang dihidangkan di atas meja di mana beliau kelihatan duduk adalah sebenarnya telah tersilap. Yang perlu dikecam adalah penganjur kepada makan malam itu dan restoran tersebut. Benar, bukan?

Memang benar bahawa penyu adalah salah satu binatang yang dilindungi. Namun, hal itu hanya dipelihara di Sabah atau Malaysia. Sedangkan di negara jiran, jual beli telur penyu sangat berleluasa. Jika benarlah telur penyu itu dihidangkan di meja semasa makan malam itu, kemungkinan besar telur penyu itu berasal daripada negara jiran kerana telur-telur penyu di kawasan Sabah dijaga dengan rapi yakni telur penyu kita tidak akan berakhir di meja makan kecualilah terdapatnya segelintir kakitangan jabatan yang berkelakuan seperti pagar makan padi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook