Latest News

Monday 2 November 2015

ISU PENYALAHGUNAAN: Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Orang miskin semakin bertambah di sebapkan oleh kerajaan UMNO Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani terpaksa membatalkan subsidi beras ST15 berikutan terdapat penyalahgunaan oleh pihak pemborong, peruncit dan juga pembeli. Beras bersubsidi tersebut sepatutnya untuk kegunaan pengguna yang berpendapatan rendah namun didapati ada tindakan salah guna sehingga jumlah permintaan terhadap beras tersebut berlipat ganda berbanding pengguna dalam negara yang sepatutnya disasarkan untuk beras jenis tersebut.

Beras jenis tersebut bukan sahaja diseludup ke luar negara seperti Filipina dan Indonesia malah majoriti restoran makanan yang turut menggunakannya bagi tujuan jualan.

Walaupun subsidi beras ST15 dimansuhkan, kerajaan melalui kementerian tersebut telah mencari kaedah lain bagi membantu kumpulan sasar.

Sebenarnya, kebocoran wang negara melalui subsidi beras ST15 sangat besar dan tidak memenuhi tujuan pemberian subsidi ke atas beras jenis itu. Apa yang ironinya, pengguna yang sepatutnya boleh membeli beras jenis tersebut dinafikan oleh pemborong atau peruncit dengan memberi alasan kehabisan stok. Sebaliknya, mereka mengaut keuntungan melalui penjualan kepada pihak-pihak tertentu yang menyeludup beras jenis itu untuk dibawa keluar negara.

Tindakan kerajaan memansuhkan subsidi ke atas beras ST15 seharusnya dilakukan serta merta dan bukannya menunggu sehingga Disember 2015.

Kerajaan boleh menyalurkan subsidi kepada kumpulan sasaran kerana kerajaan mempunyai data yang diperlukan seperti e-kasih, data BR1M dan sebagainya. Pemberian subsidi langsung kepada pengilang atau pengeluar beras sebenarnya lebih merugikan kerajaan kerana pengilang atau pengeluar beras bukan melihat kepada keperluan sasaran, sebaliknya lebih berminat kepada permintaan. Semakin tinggi permintaan, maka semakin tinggi peluang mendapatkan keuntungan melalui subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Kemudian, seperti biasa page-page pembangkang dengan yakinnya memfitnah kerajaan yang kononnya tidak mempedulikan kepayahan kos sara hidup rakyat dengan menarik semula subsidi tersebut.

Pemilik facebook tersebut mungkin saja merupakan sebahagian daripada kumpulan penyeludup beras bersubsidi ke luar negara dan atas sebab itulah memberi komen negatif terhadap tindakan kerajaan memansuhkan subsidi ke atas beras Super Tempatan ST15.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook