Latest News

Wednesday 11 November 2015

ISU SAFA: Jangan Beri Komen Jika Tidak Tahu Kedudukan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) musa. jangan angan -angan mau jadi TMJ sana Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

BAGAIMANA SAFA memberi kontrak kepada Mohd Azraai Khor Abdullah jika semua pensyaratan SAFA tidak dipatuhi. Malah, daripada sekian ramai pemain Sabah hanya empat (4) pemain sahaja boleh diserap ke dalam skuad Sabah. Selebihnya menurut Azraai adalah tidak memenuhi syarat sebagai pemain.

Pensyaratan bagi pemain import hendaklah dilakukan secara langsung dan bukannya melalui ejen (agent). Bayangkan agent mengenakan syarat 120,000 dolar (USD) bagi seorang pemain. Kemudiannya, pemain import pula perlu dibayar sebanyak 17,000 dolar sebulan (gaji bersih) atau RM73,100 sebulan secara anggaran.

Setiap majikan mempunyai SOP atau peraturan dan demikian juga SAFA. Namun, SOP atau peraturan SAFA tidak dapat dipenuhi oleh Azraai. Maka, atas sebab itulah melalui persetujuan bersama tiada kontrak yang dapat ditandatangani.

Menaik taraf sebuah pasukan bola sepak yang kuat bukan semata-mata terletak kepada pemain import. Ini kerana Sabah juga pernah memdapat khidmat daripada pemain antarabangsa. Namun, hasil yang juga agak mengecewakan yakni tidak menyerlah. Bermain bola sepak perlu berpasukan serta tidak terletak pada hanya seorang pemain.

Sabah secara berperingkat akan menyusun skuad yang kuat berasaskan kepada pemain yang digembleng daripada awal seperti mana yang berlaku kepada para pemain Sabah sebelum ini iaitu James Wong, Hassan Sani, Peter Rajah, Matlan Marjan dan ramai lagi.

Musa sebagai Presiden SAFA menginginkan sebuah skuad bola sepak Sabah yang dianggotai oleh rakyat Sabah atau pemain tempatan Sabah. Ini kerana arena bola sepak juga merupakan salah satu peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Musa juga menginginkan mereka yang mempunyai bakat dalam permainan bola sepak di mana perlu mengasah bakat mereka sebaik yang mungkin. Dan seterusnya menyertai skuad Sabah agar suatu hari nanti pasukan bola sepak Sabah kembali seperti di era tahun 80-an.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook