Latest News

Wednesday 18 November 2015

ISU TANAH KG. SIMBUAN, SOOK: Tidak Timbul Penggantian Tanah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Kes Rampasan Tanah Motingka,Simbuan sook Oleh FB Page Solidiarty 4 Sabah (screenshot)

JIKA pada awalnya tanah yang diusahakan oleh sesebuah syarikat yang kemudiannya didapati tanah itu memang kawasan yang digazetkan untuk tanah perkampungan, maka jika ianya benar-benar tersilap pada masa kemudiannya oleh pihak Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah maka jabatan itu perlu dipersalahkan. Walaupun jabatan didapati bersalah, namun jabatan itu tiada kuasa menutup kesalahan atau kesilapan itu dengan memperuntukkan tanah kerajaan kepada sesebuah syarikat.

Jika benarlah Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah memperuntukkan tanah di kawasan lain dan kemudiannya tanah itu termasuk dalam wilayah tanah adat, maka penduduk kawasan itu mempunyai hak mempertahankan kawasan tanah tersebut.

Dalam hubungan antara sebuah syarikat seperti mana yang disebutkan dalam facebook tersebut, jika benar bahawa syarikat itu kehilangan hak pada kawasan yang diusahakannya kerana kesilapan jabatan, maka Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah yang perlu bertanggungjawab membayar ganti rugi kepada syarikat itu dan bukannya memberikan tanah kerajaan sebagai ganti.

Jika benarlah seperti mana dakwaan pemilik page facebook tersebut bahawa penduduk di kawasan baru itu mahu mempertahankan kawasan mereka kerana mendakwa sebagai tanah adat, maka penduduk itu perlu meneruskannya. Ini bertujuan agar menjadi pengajaran kepada kakitangan jabatan itu untuk berkerja dengan lebih berhati-hati dan tidak cuai untuk menjalankan tugas dengan amanah.

Sebenarnya, 'overlapping' tuntutan tanah di Sabah berlaku atas sebab kakitangan jabatan itu membuat penyukatan yang bukan melalui di lapangan (kawasan sebenar) melainkan di atas meja.  

Oleh sebab itu, banyak tanah penduduk yang telah mendirikan rumah dan didiami sejak sebelum merdeka digeran oleh pihak lain hanya kerana kedaifan penduduk yang mendiami tanah mereka sejak turun-temurun yang tidak digerankan. Jikalaupun mereka telah memohon, namun malangnya permohonan tanah mereka itu telah hilang atau tertindih dalam fail di jabatan itu sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook