Latest News

Friday 13 November 2015

JALAN Ini Menuju Ke Mana??...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kamu bilang Sabah sudah maju ditahun 2015  Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PEMBINAAN jalan raya ada dua jenis iaitu jalan yang digazet dan jalan untuk perhubungan. Jika sesebuah jalan itu digazetkan seperti jalan lebuh raya Pan Borneo yang menghubungkan antara Sabah dan Sarawak, maka peruntukannya akan disediakan oleh kerajaan melalui bajet tahunan atau bajet rancangan Malaysia.  

Namun, jika sesebuah jalan tersebut merupakan jalan perhubungan maka peruntukannya diperolehi daripada kementerian tertentu. Sebagai contoh, melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) baik persekutuan mahupun cawangan negeri.

Jika sesebuah jalan tersebut termasuk dalam jalan perhubungan, majlis atau pejabat daerah perlu memasukkan jalan tersebut sebagai salah satu pembangunan daerah. Jika ianya telah dimasukkan, barulah dikemukakan permohonan peruntukan tersebut kepada kerajaan melalui kementerian tertentu.  

Jalan yang dipertikai oleh pemilik akaun facebook tersebut (memandangkan yang belum dinaik taraf  kepada 'jalan beraspal') menunjukkan jalan tersebut hanya merupakan jalan perhubungan atau jalan pertanian yang tidak kerap digunakan. Memandangkan hanya jumlah penduduk yang mendiami kampung-kampung berkenaan juga tidaklah seramai mana pun disamping kegiatan ekonomi yang masih bersifat mono untuk keperluan diri sendiri.

Perlu diingat, sebarang jalan yang telah diaspal atau telah dinaik taraf perlu memenuhi kriteria tertentu. Yakni, jalan itu kerap digunakan oleh ramai penduduk baik untuk pengangkutan produk kampung yang juga sebagai sandaran kepada kegiatan ekonomi di sesebuah kampung  atau kawasan tertentu.

Dalam tulisan atau dakwaan pemilik facebook itu tidak pun menyebutkan berapa jumlah penduduk yang menggunakan jalan itu dan kegiatan ekonomi yang ada di kampung itu. Kerajaan akan membelanjakan wang rakyat hasil daripada cukai yang dibayar kepada kerajaan jika sesuatu kawasan mempunyai ramai penduduk atau rakyat yang terlibat membayar cukai. Itu diutamakan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook