Latest News

Tuesday, 24 November 2015

JALAN RAYA DI BAHAGIAN KUBU KUAT: LAGI Gambar Lama Diulang-Ulang!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kerajaan hanya menyusakan rakyat Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORIS JONES dan pengikutnya yang beberapa kerat sahaja seolah-olah tidak bermaya lagi dan tidak mampu untuk mencari bahan-bahan propaganda yang lain. Ini kerana sejak akhir-akhir ini, hanya bergantung kepada gambar-gambar lama daripada rakyat yang ikhlas berkongsi keadaan atau situasi di kampung atau di kawasan masing-masing. Oleh kerana gambar-gambar tersebut diupload di laman media, maka pengikutnya dan termasuklah dia sendiri akan copynpaste dan kemudiannya menokok tambah dengan berbagai cerita dongeng.

Gambar yang diupload oleh Doris Jones merupakan gambar lama dan gambar itu adalah gambar sekitar tahun 2012 di sebuah jalan di Pitas walaupun jalan itu kini sudah pun dinaik taraf. Kalaulah Doris Jones tinggal dekat dengan kawasan itu pasti dia boleh memandu serta memecut keretanya tanpa ganguan. Namun, Doris Jones tinggal di London di mana bandar itu semuanya serba-serbi mahal. Walaupun serba-serbi mahal, Doris Jones boleh saja menetap di sana berikutan masih mendapat sumbangan daripada orang-orang tertentu yang mempunyai niat mengacau di Sabah dan Sarawak.

Menurut wakil rakyat Pitas, YB Datuk Bolkiah Haji Ismail, gambar-gambar yang diupload oleh gerombolan Doris Jones sebenarnya gambar-gambar di masa kini lokasi itu tidak boleh di cari lagi.

Alam maya merupakan media perhubungan rakyat jika digunakan dengan betul. Namun, Doris Jones dan kumpulannya menyalahgunakan alam maya dengan menabur fitnah dan cerita-cerita karut.

Perlu diketahui oleh Doris Jones bahawa sebarang pembinaan infrastruktur perlu mempertimbangkan perimbangan kos serta limpahan ekonomi akibat pembinaan infrastruktur tersebut. Begitu juga dengan impak sosio-ekonomi dan alam sekitar terhadap pembinaan sesebuah infrastruktur. Jika limpahan ekonomi sedikit berbanding dengan kos yang digunakan seperti membina jalan raya, maka biasanya kerajaan mengambil kira kawasan keutamaan dan jalan pada sesuatu kawasan dibina yang hanya berupa jalan perhubungan. Jalan Naradang, Pitas merupakan jalan perhubungan dan bukannya jalan yang boleh menjana limpahan ekonomi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook