Latest News

Monday 9 November 2015

JAMBATAN AKAN DIBINA JUGA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) walaupun sudah 3x kelulusan yang... Oleh FB The Future of Sabah/Sarawak and The Federation Malaysia (screenshot)

MEMBINA jambatan konkrit atau jambatan tetap memerlukan kos yang bukan sedikit. Jika pembinaan jambatan itu sudah dimasukkan sebagai infrastruktur yang perlu dibina oleh Majlis Daerah atau Pejabat Daerah, sudah pasti jambatan itu akan dibina. 

Kerajaan dalam membina sesuatu infrastruktur memerlukan masa dan kewangan serta tahap 'urgency' sesuatu infrastruktur tersebut. Kemungkinan penduduk yang menggunakan jambatan itu tidak kerap seperti mana jambatan-jambatan di kawasan lain yang disifatkan sebagai mendesak.

Jika penduduk yang lalu di kawasan tersebut tidak kerap atau sedikit, maka pembinaan sesebuah infrastruktur tersebut tidak termasuk dalam kategori mendesak. So, to fellow netizens, please do not 'main hentam' saja komen dan buat andaian sendiri.

Perlu diketahui bahawa kerajaan Sabah hanya mempunyai bajet sedikit di atas RM4 bilion. Malah, pada tahun 2015 jatuh di bawah angka itu akibat kemerosotan harga komoditi negeri seperti minyak, kelapa sawit dan getah. Dengan keluasan Sabah yang begitu besar, maka peruntukan kerajaan untuk membina infrastruktur sangat bergantung kepada keutamaan, yakni kategory yang mendesak. Sebagai contoh, pembinaan yang mendesak adalah akibat gempa yang melanda Ranau, Sabah serta pencegahan banjir di kawasan-kawasan padat penduduk.

Manakala pembinaan infrastruktur bagi kawasan yang kurang penduduk seperti Kg Maras Karas, Tambunan akan menyusul juga apabila peruntukan untuk membina jambatan telah tersedia.

Yakinlah pada setiap janji pemimpin BN yang akan ditunaikan juga. Namun, hanya perlu sedikit kesabaran. Kerana, tiada pemimpin yang tidak mahu membela pengundinya. Itulah trademark pemimpin BN!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook