Latest News

Wednesday 11 November 2015

Kasihan Ibu Ini Dijadikan 'Kambing Hitam'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Adakah GURU DAPAT PENCEN BERJUTA  Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEJAK bila ibu itu menyatakan seperti kenyataan tersebut? Melalui media apa? Kenyataan seumpama itu boleh sahaja dibuat-buat! Lagipun secara semulajadi, kenyataan seumpama itu jarang diluahkan oleh seseorang. Kenyataan seumpama itu pasti datangnya daripada orang lain yang mempergunakan orang lain untuk dijadikan sebagai seekor kambing hitam.

Doris Jones telah 20 tahun berada di United Kindom (UK). Bagaimana dia boleh memetik kenyataan tersebut? Sungguh hebat sekali! Kalau diuji secara fakta, jika ibu itu terserempak dengan Doris pasti tidak akan saling tegur kerana tidak kenal antara satu sama lain.

Dalam pilihan raya, ada petisyen pilihan raya. Jika benarlah ibu itu ada menyatakan demikian, sudah pasti ada petisyen pilihan raya di kawasan yang dimaksudkan. Ini kerana, jika berlaku seperti mana dakwaan itu, keputusan pilihan raya di kawasan tersebut boleh dibatalkan oleh mahkamah.

Oleh itu, kenyataan yang mempergunakan ibu itu sudah pasti palsu atau fitnah! Maka atas sebab itu, sudah tentu tiadanya nilai petisyen pilihan raya lagi. Benar?

Kepada Doris Jones, sila berhenti menipu! Ini kerana rakyat Sabah mempunyai ilmu dan pengetahuan undang-undang di sini. Janganlah menganggap bahawa rakyat Sabah kesemuanya tiada ilmu dan pengetahuan. Kenampakan sangat bahawa kamu memperlekehkan rakyat Sabah termasuklah menggunakan gambar seorang ibu yang tidak menyedari gambarnya digunakan sebagai cara tipu helah kumpulan yang kamu gerakan. Cukup, cukup.. Sudah!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook