Latest News

Friday 20 November 2015

Kawan, Kemudian Jadi Musuh: Makna Perbezaan!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rahman dahlan apa komen anda Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

KAWAN akan menjadi musuh apabila kawan itu tidak setia atau sanggup menjadi musuh dalam selimut. 

Perjuangan rakyat Filipina yang beragama Islam sejak tahun 70-an bukan sahaja mendapat sokongan daripada Malaysia. Malah, negara-negara Islam yang lain di dunia. Tambahan pula, Libya merupakan penyumbang terbesar kepada para pejuang Islam di Selatan Filipina termasuklah membekalkan senjata untuk pertahanan.

Melihat kepada impak perang di Selatan Filipina menghantui Malaysia khususnya di Sabah berikutan ramai penduduk negara itu menjadi pelarian dan pelarian itu juga telah diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNHCR serta menangung kos pelarian itu selama berada di Sabah, maka terjadilah satu penempatan dibina di bandar Kota Kinabalu di mana pada hari ini dinamakan sebagai 'Pasar KK' iaitu Pasar (basah) Kota Kinabalu yang dulunya lebih dikenali dengan nama ''Pasar Philipine''.

Malaysia mengambil peranan sebagai pengaman di Selatan, Filipina. Ini termasuklah membuat rundingan damai dan berjaya meyakinkan Manila untuk mengiktiraf Bangsamoro. Oleh sebab itu, para pemimpin Islam Selatan Filipina termasuklah Jamalul Kiram III pernah dijemput menghadiri satu perhimpunan Umno untuk menunjukkan bagaimana sebuah parti mentadbir, bergerak dan diurus dengan baik demi kemakmuran dan keamanan negara.

Namun itu, atas sifat cemburu manusia serta tamak haloba maka kawan pun menjadi lawan apabila tersalah membuat keputusan dengan menempuh jalan singkat dan mudah untuk mendapatkan kuasa. 

Tindakan Jamalul Kiram III yang terperangkap dengan dakyah pembangkang yang kononnya jika menyerang Sabah sebelum PRU-13, maka keadaan darurat akan diisytiharkan. Apabila PRU diadakan, maka Sabah akan dikecualikan ekoran kononnya akan terjadilah huru-hara yang cukup besar. Melalui cara itu, pembangkang akan mudah merampas Putrajaya oleh kerana mengandaikan pembangkang akan mendapat jumlah kerusi majoriti dengan mudah di Semenanjung.

Kata pepatah, orang tamak selalu rugi umpama seperti "bagai anjing dengan bayang-bayangnya". Inilah yang berlaku dengan Jamalul Kiram III apabila melupakan kawan yang sudi membantu di negaranya sewaktu ketika dulu agar mendapat pengiktirafan. Namun malangnya, bertindak sebaliknya.

Ekoran tindakan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Semporna pada tahun 2013 itu, maka selama-lamanya Malaysia telah menganggap kumpulan itu sebagai musuh negara. Dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan kumpulan tersebut selepas serangan itu adalah juga sebagai musuh negara! Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook