Latest News

Thursday 5 November 2015

KENYATAAN CEMBURU: Pemimpin-Pemimpin KOTA BELUD

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)
rahman antara menteri kaki ampu yang terhandal di sabah Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)
(ii)
rahman antara menteri kaki ampu yang terhandal di sabah Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

APABILA seseorang itu tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan sesuatu seperti mana dilakukan oleh orang lain, maka timbullah tindakan cemburu dan memburuk sangka serta iri hati. Pemilik page facebook tersebut bukan sahaja tiada merit atau keupayaan. Dia juga seorang yang penakut kerana identiti sebenarpun takut diketahui dengan menyamar dengan menggunakan identiti palsu.

Orang seperti pemilik page facebook tersebut, jika termasuk dalam istilah perang adalah orang pertama yang perlu dibunuh. Ini kerana bukan sahaja menjadi liabiliti kepada pasukan, malah menjadi beban kepada sebarang tindakan.

Kata peribahasa, "berani kerana benar" dan berkata sesuai dengan kebenaran biasanya tidak disukai kerana telah menjadi lumrah bad news carry much intention rather than good news. Oleh kerana pemimpin Kota belud suka membuat mana-mana kenyataan apa yang benar dan benar-benar dialami oleh rakyat, maka ianya tidak disukai kerana ego manusia yang kerap menolak apa yang berlaku terhadap diri mereka.

Berkaitan dengan kenyataan Dato' Abdul Rahman Dahlan, jika mahu mengelak bayaran tol maka pengguna kena mengatur perjalanan dan mengorbankan masa termasuklah untuk bergerak awal ke pejabat. Sebenarnya, kenyataan menteri tersebut adalah keadaan yang sebenar-benarnya berlaku bagi warga bandar. Namun malangnya, mereka tidak sedari. Apabila ada menteri menjadikannya sebagai kenyataan, maka barulah mereka tersedar tetapi maklum sahajalah lumrah manusia yang senantiasa tidak mengaku. Sebaliknya, menyalahkan pihak lain termasuk kerajaan dan infrastruktur yang tersedia demi kemudahan mereka.

Kenyataan Tan Sri Pandikar Amin pula, di mana beliau sanggup meletakkan jawatan jika debat tetap diteruskan di antara anggota PAC dan Presiden 1MDB di mana ianya berasaskan kepada integriti Parlimen. PAC merupakan jawatan kuasa tertinggi di parlimen selepas Select Commitees. Speaker tidak menghalang debat itu asalkan anggota PAC yang sedang menyiasat 1MDB, meletakkan jawatan dan Presiden 1MDB tidak menjadi saksi kepada siasatan. Ini bertujuan bagi memelihara ketelusan temuan atau laporan jawatankuasa parlimen tersebut.

Apa gunanya satu laporan yang dikemukakan kepada parlimen jika isi laporan tersebut sudah dibincang di luar perbincangan? Maka ini menunjukkan debat tersebut tidak akan membawa apa-apa kesimpulan atau keputusan.

Debat hanya mengundang persepsi bergantung kepada pendengar! Malah, debat akan mengundang masalah lain yang tidak berpenghujungnya. Tindakan speaker Dewan Rakyat adalah tepat dan benar demi memelihara kedudukan Parlimen.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook