Latest News

Thursday 12 November 2015

KENYATAAN Dato' Rahman Itu Memang Logik!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Baru lah kerajaan perihatin terhadap rakyat Oleh Blog siakapkeli (screenshot) (screenshot)
(ii) PRU akan datang jangan undi UMNO Oleh FB Odong Ayah (screenshot)

DATO' Abdul Rahman Dahlan menyatakan apa yang benar. Jika ada rakyat merasakan bahawa bebanan hidup tinggal di bandar adalah cukup berat, maka pelbagai alternatif terbuka luas di negara ini termasuklah berpindah dan tinggal di kawasan yang jauh daripada bandar yakni jauh daripada kesibukan ibu kota dan juga kesesakan jalan raya. 

Sebenarnya, di mana-mana sahaja di negara ini jika bercakap tentang soal kos sara diri seperti sekolah, kemudahan kesihatan atau bekalan air/elektrik serta jalan raya adalah semuanya tersedia. Jadi sebenarnya, rakyat mempunyai pilihan tersendiri

Memang benar, mencari peluang pekerjaan adalah lebih mudah di bandar akan tetapi hampir kesemua pendapatan itu juga dibelanjakan tanpa boleh menabung. Sedangkan, jika tinggal di luar bandar banyak penjimatan yang boleh dibuat. Sebagai contoh, jika ada pendapatan melalui kedai runcit ianya boleh dikatakan sebahagian besar keuntungan itu dapat menjadi wang simpanan kerana tidak digunakan untuk membayar tol, minyak kereta yang hanya habis akibat kesesakan mahupun cukai pintu rumah yang rendah di desa.

Memang diakui kenyataan menteri itu, ada pro dan kontranya. Namun, apa yang pasti menteri itu menyatakan sesuatu yang logik dan praktikal.

Manusia memang senantiasa melenting terutamanya apabila diberi alternatif yang tidak sesuai dengan kehendak mereka. Sedangkan, alternatif itu memang berbaloi dan menguntungkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook