Latest News

Monday 30 November 2015

KENYATAAN PALSU: CUMA RAKYAT SABAH TIDAK TAHU BERSYUKUR Oleh Rahman Dahlan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) :Kekayaan sabah dicuri untuk memajukan tempat lain... Oleh FB Dusun Tohur (screenshot)


TULISAN pada gambar Dato' Abdul Rahman Dahlan itu adalah tulisan palsu! Dato' Abdul Rahman Dahlan tidak pernah bercakap seperti mana yang ditulis!

Sejak akhir-akhir ini, pemimpin seperti Dato' Abdul Rahman Dahlan menjadi sasaran para penyokong pembangkang dan mereka mencipta berbagai dakwaan palsu dan menyebarkan dakwaan itu melalui internet atau media sosial.

Tidak pernah pada sebarang kesempatan atau ucapan atau temu bual bahawa Dato' Abdul Rahman Dahlan pernah menyatakan apa yang ditulis. 

Beberapa hari yang lalu melalui laman facebook Dato' Abdul Rahman Dahlan, beliau mengulas mengenai 'caption' yang ditulis dalam gambar beliau dengan mengatakan BERHENTILAH MEMFITNAH!

Dato' Abdul Rahman Dahlan merupakan sasaran utama pembangkang! Ini kerana berhujah dan membongkar tipu helah pembangkang baik di Dewan rakyat atau sebarang kesempatan berjumpa dengan rakyat.

Oleh sebab kerap mendedahkan pembohongan dan fitnah pembangkang, beliau menjadi sasaran fitnah! Ini termasuk membuat menulis 'caption' pada gambar beliau dan menyebarkan di internet agar untuk memburukkan imej beliau.

Penyokong dan pemimpin pembangkang tahu apabila sesuatu disebarkan di internet, maka ianya akan kekal selama-lamanya dan bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal cerita apabila melakukan pencarian dengan menggunakan google, apakah akan keluar caption itu? Fikir-fikirkan!...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook