Latest News

Wednesday 4 November 2015

KENYATAAN POLITK DARIPADA SEORANG YANG KEHILANGAN MODAL

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ketua Menteri Sabah disyaki mendapat derma Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)
(ii)
Ketua Menteri Sabah disyaki mendapat derma Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(iii)
Saya mohon Bank Negara dan SPRM segera jalankan siasatan Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

LIHAT bagaimana kurang pintarnya Jimmy Wong, MP (DAP) Kota Kinabalu. Kebodohan beliau dibawa-bawa sejak daripada ADUN Sri Tanjong lagi. 

Isu dana politik Umno Sabah yang berjumlah RM40 juta bukan sahaja dibersihkan oleh SPRM malah juga oleh Badan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC).  Siasatan berkaitan wang tersebut telah dilakukan bersama-sama SPRM dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Hong Kong yang mendapati tiada unsur rasuah atau salah guna kuasa yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Wang RM40 juta memang berbentuk "political fund" dan tiada unsur bahawa penderma menerima balasan.

Pihak SPRM merupakan suruhanjaya yang pakar dalam selok-belok rasuah dan salah guna kuasa yang tidak akan mengorbankan integritinya dengan membuat kenyataan tidak benar.

Ahli pembangkang seperti Jimmy wong adalah seorang ahli politik yang tidak berintegriti kerana didapati menipu dirinya sendiri dengan mengaku sebagai keturuan bumiputera atau penduduk asal semata-mata untuk dapat membeli tanah-tanah berstatus NT sedangkan dia tiada susur galur penduduk asal atau bumiputera Sabah.

Apapun kenyataan seseorang yang tiada integriti, sudah pasti tidak boleh diguna pakai. Ini kerana kenyataan itu lebih bersifat fitnah dan menganggap orang lain juga menipu seperti mana dia lakukan sebagai seorang penipu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook