Latest News

Wednesday 25 November 2015

KENYATAAN SEBENAR Terhadap Gambar Lori Tersebut! Sila Jangan Buat Fitnah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Inikah Sabah yang dicakap sudah Maju Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii)  Inilah Menunjukan kegagalan BN UMNO Sabah Oleh FB Page Gerakan Perubahan Rakyat Sabah (screenshot)

MAKLUMAT DITERIMA: Sebenarnya, gambar atau caption ini diambil semasa berlaku jalan runtuh di jalan Pitas pada tahun 2010. Lori Petronas yang mengangkut minyak untuk pam minyak di Pitas telah terperangkap pada jalan runtuh akibat banjir. Sememangnya, pada ketika itu jalan tersebut telah dilarang untuk dilalui oleh pihak JKR. Akan tetapi, kedegilan pemandu lori tersebut memilih dan melalui jalan tersebut.

Oleh kerana gambar tersebut diupload dalam internet, maka bila-bila masa pun boleh disebarkan semula dengan tokok tambah yang cukup hebat seolah-seolah tampak benar daripada pihak-pihak yang busuk hati seperti pemilik facebook tersebut.

Menurut Datuk Bolkiah Haji Ismail, elok juga ada yang sudi membantu beliau mengupload gambar-gambar sebegini rupa. Ini kerana sekurang-kurangnya membantu beliau meminta peruntukan daripada pihak kerajaan. Akan tetapi, walaupun jalan tersebut sudah diperbaiki, namun keadaan terkini tidak diviralkan pula. Sebaliknya, hanya keadaan yang buruk sahaja yang diviralkan.

Oleh kerana pemilik facebook itu hanya bekerja dihujung jari dengan menggunakan maklumat-maklumat daripada internet tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu atau mengetahui terlebih dahulu keadaan sebenar di lapangan itu, maka wujudlah gambar-gambar lama yang dimuat naik semula.

Sebenarnya, pemilik facebook ini adalah agen pihak-pihak pembangkang yang suka menabur fitnah dan tanpa asas. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook