Latest News

Monday 16 November 2015

Keperluan Pendidikan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bangunan sekolah dikebanyakan tempt di Sabah masih dhaif,bila di naik tarafkan Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MESKIPUN ada orang mengatakan bahawa pendidikan itu dilihat pada prasarana yang mendokong pendidikan, namun pada asasnya bukanlah demikian. Pendidikan bertitik tolak kepada kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan sangat bergantung kepada pengajar dan pelajar yang mendapat pendidikan.

Sebenarnya, tiada nilai antara prasarana berbanding dengan kualiti pendidikan kerana pendidikan itu sendiri berasas kepada sistem pendidikan.

Ramai yang mengatakan bahawa bangunan lama yang kelihatan usang, maka dikatakan sekolah daif. Anggapan itu sebenarnya tidak mencerminkan asas pendidikan sebenar. Ini kerana asas pendidikan adalah apabila ada ruang atau tempat sebagai tempat belajar, mempunyai bilangan guru yang berkualti serta pelajar yang mempunyai keinginan untuk belajar.

Walaupun ada yang menganggap bahawa bangunan sekolah yang lama kononnya daif, tetapi hakikatnya sekolah seperti itu dilengkapi dengan fasiliti pembelajaran seperti papan hitam, meja, kerusi dan kelengkapan lain untuk proses pembelajaraan. 

Mungkin yang dimaksudkan oleh pemilik facebook tersebut adalah sekolah daif ialah sekolah-sekolah yang dibina dengan mengunakan kayu yang belum digantikan dengan bangunan konkrit.

Apa yang penting dalam proses pembelajaraan adalah kecukupan atau genapnya bilangan guru dan buku-buku yang cukup dan sesuai dengan sistem pendidikan. Di negara ini termasuk Sabah, semua sekolah kerajaan telah dilengkapi dengan jumlah bilangan guru-guru serta buku-buku yang mencukupi.

Dalam segi proses pendidikan, apakah sekolah itu mempunyai bangunan yang canggih atau kayu? Sebenarnya, kualiti atau sukatan pelajaran adalah sama.

Apa yang dimaksudkan oleh ketua menteri berkenaan dengan keperluan pendidikan adalah daripada segi jumlah guru, keperluan buku-buku dan peluang pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

Sabah akan terus memberi peluang kepada pelajar yang cemerlang untuk meneruskan pendidikan yang diperlukan negeri. Ini kerana hanya melalui ilmu, negeri akan dapat bersaing dengan perkembangan dunia sejagat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook