Latest News

Monday 16 November 2015

Kerajaan Memburu Pengkhianat Negara

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Benarkah JPN ini jabatan pengkhianat Negara Oleh FB Pembongkaran penipuan BN UMNO (screenshot)

KERAJAAN mempunyai kesungguhan untuk memburu sindiket pengeluar kad pengenalan Malaysia yang bermotifkan kewangan.

Sejak sekian lama meneliti bagaimana sindiket boleh mengeluarkan kad pengenalan haram kepada mereka yang tidak berhak, akhirnya terbongkar juga di mana rupa-rupanya ada musuh dalam selimut yang berupa pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk memerlihara kedaulatan negara.

Kekuatan kewangan sindiket telah menjadikan pengeluaran kad pengenalan sebagai bisnes. Maka, anggota sindiket sanggup membayar tinggi kepada para pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan.

Kerajaan yang tidak terbabit mengeluarkan kad pengenalan seperti Jabatan Imigresen, polis dan penguatkuasa tempatan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit bagi membanteras kad pengenalan palsu. Dan rupa-rupanya ada musang berbulu ayam di dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.

Betapa berat memandang pemilik akaun facebook tersebut, berat lagi tanggungjawab kerajaan. Ini kerana kerajaan terpaksa berbelanja besar bagi mengatasi kegiatan pengeluaran kad pengenalan kepada yang tidak berhak di mana terpaksa memburu, menangkap, menghantar pulang dan sebagainya. Sedangkan, pemilik akaun facebook itu tiada modal pun dan hanya menggunakan hujung jari untuk mendakwa bahawa kerajaan pula yang terlibat walaupun sejak sekian lama kerajaan telah melalui pelbagai cara untuk memusnahkan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu.

Kejayaan SPRM menangkap beberapa pegawai JPN, sekurang-kurangnya kerajaan mengetahui bahawa salah satu dalang pengeluaran kad pengenalan adalah mereka yang menjadi petualang dan hanya kerana mata mereka kelabu dengan wang ringgit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook