Latest News

Wednesday 4 November 2015

Malaysia Agreement 1963

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) The breach of the terms and conditions in the MA63 is no longer a domestic issue Oleh FB Zainal Ajamain (screenshot)

PERJANJIAN Pembentukan Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Akibat perjanjian tersebut, maka Sarawak diberikan Internal Self-Government oleh British pada 22 Julai tahun yang sama dan Sabah pada 31 Ogos 1963.

Jika melihat pengertian semula berkaitan pelepasan British terhadap Sabah dan Sarawak. Memang diakui selepas Perang dunia ke-II, British memerlukan kewangan yang banyak untuk mengurus negara mereka kerana kehabisan wang akibat perang. Oleh sebab itu, British cuba melepaskan sebanyak mungkin jajahan mereka untuk mendapatkan wang untuk dibawa balik ke negara mereka.

Pemberian kemerdekaan ke atas wilayah jajahan termasuk Sabah dan Sarawak tidak terlepas akibat impak Perang dunia ke-II terhadap British. Maka, apabila timbul pembentukan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1962 di Singapura British bersetuju dengan cadangan itu. Walaupun British bersetuju, namun sebelum pelaksanaan itu maka diadakan undian maklumat berkaitan dengan reaksi penduduk Sabah. Reaksi penduduk Sabah tersebut dimasukkan melalui Laporan IGC dan CCR di mana rakyat Sabah bersetuju pembentukan Persekutuan Malaysia.

Apakah British tergesa-gesa meninggalkan bekas tanah jajahannya seperti mana pengertian yang dimaksudkan oleh Tan Sri Pairin Kitingan? Ianya sebenarnya hanyalah merupakan catatan akademik. Ini kerana Persekutuan Malaysia sudah berusia lebih setengah abad.

Apa yang perlu sekarang adalah bagaimana memajukan rakyat Sabah dan Sarawak. Jika didapati infrastruktur ketinggalan, maka perlu diberikan peruntukan yang mencukupi bagi mengejar ketinggalan tersebut. 

Terlihat bagaimana Perdana Menteri ke-6 negara mengakui bahawa Sabah dan Sarawak masih ketinggalan jauh. Oleh itu, saban tahun melalui bajet negara peruntukan besar diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Sebagai misalnya, dalam bajet 2016 daripada RM51 bilion peruntukan pembangunan dan juga RM29.5 bilion diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Mengungkit masa lalu tidak mampu memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, thinking forward adalah mustahak bagi mengatasi keluhan atau rungutan rakyat di dua (2) buah negeri ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook