Latest News

Friday 27 November 2015

Masalah Peribadi Datuk Isnin Aliasnih

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kurang ajar juga Ketua Umno Beaufort ini Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii)  Inikah Pemimpin UMNO Oleh FB Page The Future Of Sabah/Sarawak and The Federation Of Malaysia (screenshot)


OLEH kerana kenyataan itu berasal daripada facebook ketua bahagian UMNO Beaufort tersebut. Maka, ianya merupakan masalah peribadi beliau. Kenyataan  seperti itu tidak pernah menjadi pendirian parti atau kerajaan yang diwakilinya. 

Seperti kenyataan Datuk Seri Masidi Manjun bahawa Datuk Isnin Aliasnih menafikan ada membuat tulisan-tulisan seperti itu. Namun, penafian itu bakal disiasat kerana ianya disiarkan melalui facebook peribadi beliau. Hingga setakat ini, Datuk Isnin Aliasnih belum menafikan bahawa beliau bukan pemilik facebook tersebut. Juga, beliau belum membuat kenyataan bahawa facebook beliau digodam.

AFS tidak bertanggungjawab menjawab dalam soal-soal peribadi. Jika tulisan melalui facebook rasmi Datuk Isnin Aliasnih itu beliau yang sendiri lakukan, AFS juga turut menguntuk dan mendesak pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya kepada ketua bahagian UMNO Beaufort itu. Hal ini kerana kenyataan beliau bersifat perkauman dan boleh mendorong ketegangan kaum di Sabah.

Kenyataan seperti yang terdapat di facebook Datuk Isnin Aliasnih (melalui screenshot) itu, jika benar-benar wujud, maka pihak kepimpinan UMNO perlu mengambil tidakan tegas kepada beliau. Jika tidak ianya akan berimpak kepada kepimpinan Barisan Nasional.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook