Latest News

Friday 13 November 2015

MENTERI KAMBING: Tulisan Yang Tidak Membawa Apa-Apa Pengajaran

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saleh Said Menteri kambing Oleh Web kihampautohoh (screenshot)(screenshot)

TULISAN  dalam blog ini merupakan sebuah tulisan yang tidak membawa apa-apa pengajaran atau apa-apa kebaikan. Hal ini kerana tulisan tersebut bukan berasas apa-apapun melalui ilmu, ajaran agama atau sifat tauladan yang diamalkan oleh manusia sejagat. No facts, no content!

Tulisan blogger tersebut hanya tulisan berasaskan perasaan yang kurang membaca dan juga kurang pendidikan kerana tidak dapat memerah apa inti pati yang ditulis oleh Tun Dr. Mahathir dan apa yang ditulis oleh Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Tun Dr. Mahathir dalam usahanya memburukkan imej pemimpin negara atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan pentadbiran negara, sehingga sanggup mengatakan bahawa sesiapa yang kelihatan hidup mewah mempunyai rumah besar dan memandu kereta besar akan dikategorikan sebagai pengamal rasuah dan mahkamah perlu menerima keadaan itu sebagai bukti seseorang itu pengamal rasuah. Sungguh mengecewakan!

Malangnya, selama 22 tahun mantan perdana menteri itu berkuasa, mengapa kenyataan seperti itu tidak pernah disuarakan? Dan mengapa mahkamah tidak mengguna pakai keadaan itu? Dan mengapa sekarang?

Datuk Seri Salleh Said Keruak mengulas kenyataan itu dengan mengatakan bahawa jika keadaan itu diguna pakai oleh mahkamah, maka ramailah mantan-mantan pemimpin tertinggi, pemimpin rendah atau pegawai-pegawai yang berpangkat akan pasti didakwa di mahkamah dan seterusnya dimasukkan ke dalam penjara. Ini kerana mereka yang kelihatan mewah selain bantuan perancangan kewangan yang baik juga dibantu oleh kemudahan bank yang memberi pinjaman bagi membina rumah atau membeli kereta besar dan mewah lazimnya mempunyai imej yang sangat berada dan cukup segak.

Menurut Datuk Seri Salleh Said Keruak, jika kenyataan Tun Dr. Mahathir itu diguna pakai oleh mahkamah pada ketika itu, maka sudah tentu Tun Dr. Mahathir juga sendiri akan menjadi salah seorang yang didakwa di mahkamah dan berkemungkinan besar juga akan dipenjarakan. Ini pastilah kerana memang sungguh kehidupan mantan perdana menteri itu mewah.

Selama 22 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir, tidakpun terzahirnya bahawa sesiapa yang kelihatan memiliki hidup mewah maka disyaki sebagai pengamal rasuah. Beliau mengatakan bahawa seseorang itu agar senantiasa kelihatan bersih walaupun hidup mewah. Ertinya, mantan perdana menteri itu mengakui bahawa melalui perancangan atau pengaturan kewangan yang baik dan bantuan berbagai institusi kewangan, seseorang itu boleh hidup mewah.

Tun Dr. Mahathir lupa bahawa dalam negara ini, SPRM adalah petugas yang memantau para pentadbir negara atau pegawai kerajaan. Sebelum seseorang itu memulakan tugasnya adalah diperlukan bagi pengisytiharan harta kepada SPRM. Melalui pengisytiharan tersebut maka cukup mudahlah bagi SPRM untuk memantau jika seseorang itu hidup mewah secara mengejut dengan mengetahui apakah penyebabnya.

Melalui kenyataan Tun Dr. Mahathir, sesiapa sahaja kelihatan hidup mewah maka dikatakan sebagai pengamal rasuah. Maka adilkah berkata seperti itu? Atau, ianya hanya satu kenyataan yang saaangat terdesak!!!....
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook