Latest News

Monday 23 November 2015

MOHON SUMBANGAN PERUNTUKAN YB

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penduduk kampung dan pihak sekolah memohon peruntukkan kepada YB RUBIN Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Kedua dua orang YB ini sama sekali tidak menghadirkan diri walaupun sudah dijempu Oleh FB Page Pembongkaran  Penipuan BN UMNO (screenshot)

MEMOHON sumbangan daripada perseorangan boleh saja dibuat. Namun kena ingat, permohonan itu perlu berasas dan apa tujuan utama yang diperlukan. Lagipun, permohonan sumbangan tidak semestinya mendapat apa yang diperlukan apatah lagi tujuan permohonan itu sekiranya tidak jelas. Jumlah sumbangan tidak ada had kerana jumlah sumbangan adalah bergantung kepada keikhlasan penyumbang.

Doris Jones mengataskan nama sekolah dan penduduk kampung? Kononnya telah memohon sumbangan RM5000 daripada Adun Kemabong, YB Datuk Rubin Balang dan MP Tenom, YB Datuk Raime Ungki sebanyak RM5,000 dan diakui hanya Raime memberi sumbangan sebanyak RM1000?

Pertama, apakah benar hanya RM1000 diberikan oleh YB Raime? Memandangkan menurut posting Doris Jones, YB itu datang ke sekolah itu (S.K Rundum, Tenom) dengan menaiki helikopter? Jika dilihat melalui kos pengangkutan helikopter adalah tidak kurang RM3000 dan MP itu sanggup datang. Ini bererti sumbangan beliau bukanlah seperti apa yang disebutkan. Fikir-fikirkan!

Bagaimana Doris Jones yakin bahawa Datuk Rubin Balang pula tidak menyumbang?  Jika benarlah sekolah S.K. Rundum, Tenom memerlukan bantuan, boleh sahaja bantuan yang diperlukan itu diajukan kepada jabatan pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri. Jika benar sekolah itu memerlukan bantuan untuk tujuan proses pembelajaran pelajar, namun sebaliknya jika permohonan bantuan atau sumbangan itu bukan bertujuan untuk kegunaan pelajar, maka individu yang diminta sumbangan tersebut boleh memberikan atau boleh juga tidak. Hal ini kerana sumbangan peribadi adalah berasaskan kemampuan seseorang individu termasuklah YB Datuk Rubin Balang sendiri.

Amat pelik juga mengapa Doris Jones mempertikaikan sumbangan seseorang dan mengapa bukan sahaja dia yang menyumbang? Inilah sifat seseorang yang hipokrit! Di lain pihak mempengaruhi rakyat supaya benci kerajaan dan pemimpinnya. Akan tetapi, di lain pihak mahu pula sumbangannya dan sanggup pula memfitnah bahawa kononnya sumbangan tidak diberikan. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook