Latest News

Monday 2 November 2015

MP Ranau Tidak Terperangkap Provokasi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) YANG MP RANAU tu pun macam apa saja sana Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Berbalik kepada bidasan MP Malaya yang serang MP Ranau Oleh FB Doris Jones
(screenshot)

APA yang diutarakan oleh MP Ranau, Datuk Dr. Ewon Ebin semasa persidangan Dewan Rakyat antara lain adalah memberitahu persidangan bahawa  ada kawasan-kawasan tertentu di kawasannya yang belum dibangunkan. Oleh sebab itu, beliau meminta perhatian kerajaan untuk memberi dana agar supaya kawasan-kawasan tersebut dapat dibangunkan.

Keluasan Sabah adalah 3/4 kawasan seluruh Semenanjung dan pastinya memerlukan dana yang cukup besar bagi maksud pembangunan.

Ekoran daripada ucapan MP Ranau tersebut, maka MP Shah Alam, YB Khalid Abdul Samad melakukan provokasi dengan mengatakan bahawa seharusnya MP Ranau tersebut keluar daripada BN kononnya untuk mengertak bagi melakukan perubahan.  Satu ketika dahulu, parti PBS antaranya MP Ranau tersebut pernah termakan hasutan seperti itu pada tahun 1990 untuk keluar daripada BN. Ini kononnya agar supaya pembangunan Sabah akan berjalan dengan cepat. Malangnya, tindakan mereka itu bukan sahaja pembangunan terbantut malah Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Ini diibaratkan seperti "harapkan pagar, pagar pula yang makan padi".

Perlu diakui, pembangunan kawasan Ranau sungguh sukar kerana keadaannya yang bergunung-ganang kecualilah kawasan tersebut dijadikan kawasan tempat peranginan tanah tinggi seperti Genting Highlands yang kedua di dalam negara. Namun, meskipun Genting turut mempunyai kawasan perjudian bertaraf dunia, namun hanya kawasan di sekelilingnya sahaja yang maju  manakala 10 hingga 20 kilometer kawasan itu masih ketinggalan dari segi pembangunan.

Sesebuah kawasan akan cepat maju jika ada sumber ekonomi yang mapan. Ranau hanya merupakan kawasan peranginan dan kawasan tani bagi maksud pertanian dan kebun sayur-sayuran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook