Latest News

Friday 13 November 2015

Najib Janji Tanah Untuk Tentera Sulu? Bohong Semata-Mata!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak Lama Lagi Separuh Ni Negara Sabah Akan Menjadi Milik Tentera Sulu Oleh FB Page Bikin Panas Bah (screenshot)

TIADA kebenaran berkenaan dakwaan itu! Sebabnya, tiada kuasa Perdana Menteri berkenaan tanah Sabah. Tanah Sabah dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. 

Dakwaan seperti itu hanya dakwaan karut yang tidak mengetahui perkara duduk sebenar mengenai kedudukan Sabah dalam Malaysia.

Bagi mereka yang mengetahui siapa yang berkuasa berkenaan tanah Sabah atau wilayah Sabah, pasti tidak akan sanggup menulis dakwaan seperti itu kerana tentulah menyerlahkan kebodohan penulisannya itu.

Penulis dakwaan itu, jelas bukan rakyat tempatan Sabah melainkan mungkin rakyat negeri lain yang menyokong pembangkang. Pembangkang dalam menabur fitnah dan pembohongan sudah tentu senantiasa bertindak demikian. Dengan sebab itu, jika diperhatikan dan membaca dakwaan mereka, pasti menyentuh berbagai sudut seperti perundangan, kuasa kerajaan negeri dan kedudukan Sabah dalam pembentukan Malaysia. Anda perasaan?

Tulisan tersebut merupakan provokasi kerana bagaimana seorang Perdana Menteri yang jelas tiada kuasa berkaitan tanah Sabah boleh menjanjikan kepada orang asing bagi pemberian tanah? Sedangkan tiada undang-undang yang membolehkannya untuk membuat keputusan sedemikian. Logikkah?

Kerajaan Malaysia sudah mengisytiharkan bahawa kumpulan Sulu yang menyerang Kampung Tanduo, Semporna adalah sebagai pengganas. Oleh sebab itu, ketenteraan negara digunakan bagi mengusir dan menghapus kumpulan tersebut. Malah, ESSZONE/ESSCOM ditubuhkan lagi bagi menghalang dan menguatkan lagi jentera pertahanan agar kejadian Mac 2013 (1.3.13) yang lalu tidak akan berulang semula.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook