Latest News

Thursday 19 November 2015

Paris Diserang DAN Mengapa Presiden Negara Itu TIDAK LETAK JAWATAN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tebusan Dipancung : Musa Aman Wajar Letak Jawatan... Oleh FB Hasmin Azroy Abdullah Official (screenshot)
(ii) Kerajaan Sabah rakam takziah kematian Bernard Then... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(iii)Perdana Menteri Datuk Seri Musa Aman di TV3 sebentar tadi... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

KENYATAAN pemilik facebook tersebut umpama tidak berpijak di bumi yang nyata. Ini kerana mendakwa sesuatu yang diluar kemampuan seseorang.

Serangan di Paris yang menyebabkan lebih 128 rakyat negara yang tidak berdosa itu dan lebih 400 cedera disebabkan serangan pengganas, tidak membuatkan Presiden itu meletakkan jawatannya. 

Apa merit pemilik facebook tersebut (yang juga pemimpin parti PCS) untuk meminta Musa meletakkan jawatan? 

Penculikan dua (2) rakyat Malaysia di Sandakan pada 14 Mei lalu, dilakukan oleh 'penculik rentas sempadan' dengan kerjasama petualang dalam negara. Hal ini kerana penculikan tersebut adalah bermotifkan kewangan.

Musa sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Keselamatan Negeri telah berusaha semaksima yang mungkin dengan kerjasama negara Filipina untuk membebaskan mangsa penculikan. Namun, usaha itu hanya berjaya membebaskan salah seorang pada 8 November lalu. Manakala  seorang lagi gagal dibebaskan kerana sememangnya sifat penculik yang senantiasa mungkir janji.

Walaupun mangsa daripada Sarawak itu digembar-gemburkan telah dipancung atau dibunuh, namun sehingga kini belum ada pengesahan yang sebenar menunjukkan bahawa mangsa itu telah benar-benar dibunuh. Biasanya, Abu Sayyaf senantiasa menggunakan perang psikologi dengan pasukan keselamatan bagi mengendurkan serangan ke atas mereka.

Memang diakui bahawa berbagai laporan berita termasuklah berita antarabangsa dan juga post-post laman sosial disebarkan dengan mengatakan bahawa mangsa telah dibunuh dan dipenggal. Namun, masih tiada sebarang laporan (bukti) yang boleh menunjukkan kepala dan mayat mangsa (setakat artikel ditulis 19.11.15).

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook