Latest News

Monday 16 November 2015

PBS Boleh Membuka Cawangan Di Semenanjung Dan Sarawak

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Parti Bersatu Sabah (PBS)  Oleh FB Jaymie Jaymie (screenshot)
(ii)  nasib baik PBS sudah jadi parti komponen BN Oleh  FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii)  Apakah tujuan disebalik kelulusan keahlian PBS dibuka di negara Sarawak dan malaya Oleh FB Page The Future Of Sabah/Sarawak and The Federation Of Malaysia  (screenshot)

TIADA salahnya parti yang berdaftar di Sabah mengembangkan sayapnya di Sarawak mahupun di Semenanjung. 

Apakah parti itu mendapat ahli di kawasan yang baru adalah terserah bagaimana parti itu merealisasikan cara pendekatannya.

Tujuan parti itu mengembangkan sayapnya di Sarawak dan Semenanjung mungkin bermakud memperbanyakkan cawangan atau bahagian. Tambahan, memberi peluang kepada rakyat yang mempunyai perjuangan selari dengan perlembagaan parti.

Sebenarnya, pengembangan parti PBS ke Sarawak dan Semenanjung itu mempunyai impak positif kepada BN. Hal ini kerana sebagai parti komponen BN, para ahli parti itu yang berada di Sarawak dan Semenanjung turut boleh menjadi penyokong atau pengundi kepada calon-calon BN di kawasan di mana BN bertanding.

Seharusnya, pemilik akaun facebook tersebut tidak mempertikaikan keinginan PBS untuk mengembangkan sayapnya di mana-mana sahaja di negara ini. Oleh kerana setiap rakyat mempunyai hak demokrasi seperti mana parti yang ingin disertai, maka demikian juga pemilik facebook tersebut yang seharusnya bebas memilih parti mana yang disukai. Dalam demokrasi, suara ramailah yang menang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook