Latest News

Tuesday 24 November 2015

Pelebaran 'Sayap PBS' Ke Sarawak & Semenanjung Hanya Untuk Rakyat Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Parti Bersatu Sabah Oleh FB Jaymie Jaymie (screenshot)

PEMBANGKANG memutar belit terhadap tujuan pelebaran PBS ke Sarawak dan Semenanjung yang kononnya parti itu mempunyai hasrat untuk bertanding di mana-mana kawasan atau tempat baru tersebut. Sebenarnya, pelebaran sayap PBS di kedua-dua wilayah itu adalah semata-mata untuk memberi peluang kepada rakyat Sabah yang tinggal atau bekerja di dua (2) wilayah itu dan bukannya untuk penduduk Sarawak atau Semenanjung.

Apa yang dinyatakan oleh Presiden PBS, Tan Sri Pairin Kitingan memang betul. Tujuan pelebaran parti itu ke Sarawak atau Semenanjung bukannya mempunyai maksud tertentu sebaliknya adalah semata-mata untuk rakyat Sabah yang tinggal di dua wilayah tersebut.

Sama ada untuk pada masa depan, PBS akan membuka cawangan yang banyak bergantung kepada sambutan atau permintaan dan jika keadaan tidak mengizinkan untuk berbuat demikian, maka ianya tidak akan dilakukan. Hal ini kerana keutamaan PBS adalah lebih kepada untuk rakyat Sabah khususnya yang bermastautin di Sabah.

Sejak diumumkan kelulusan bahawa PBS boleh melebarkan sayapnya ke Sarawak, pembangkang atau pihak-pihak tertentu telah mendakwa bahawa PBS merupakan proksi UMNO. Sedangkan dalam segi perlembagaan antara UMNO adalah sangat berbeza. PBS boleh dianggotai oleh bukan bumiputera sementara Umno hanya untuk bumiputera.

Penjelasannya adalah seterusnya seperti mana yang terdapat dalam tulisan 'caption' tersebut kerana apa yang ditulis di situ adalah seperti mana kenyataan Tan Sri Pairin Kitingan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook